loading...

Saturday 31 December 2016

Panjat mercu tanda IPOH tak sayang nyawa ke dik

2hCKJW0

IPOH – Majlis Bandaraya IPOH (MBI) dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan remaja yang memanjat mercun tanda ‘IPOH’ baru-baru ini, lapor Harian Metro.

Gambar dan video aktiviti berbahaya sekumpulan remaja berkenaan yang memanjat mercu tanda itu dan memasang buaian ‘hammock’ itu viral di media sosial. Salah seorang ahli kumpulan itu turut mendakwa mereka mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan aktiviti itu.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan dakwaan itu dan menegaskan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat binaan tersebut kerana ia boleh mengancam nyawa.

“Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat.

2hCS2x2

2hCLGgO

2hCS1cs

2hCR4AK

2hCR3ga

2hCLkH2

“Jika berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan ‘IPOH’ berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan sekumpulan remaja berkenaan,” katanya.

Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016

Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016

Susulan kejadian itu, MBI akan mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...