JOHOR BAHRU – Sekumpulan kanak-kanak didapati berbasikal dan merayau sekitar jam 3.20 pagi, cetus tanda tanya netizen apakah ibu bapa mereka tidak mengambil berat tentang anak mereka?
Felicia Ng yang memuat naik gambar-gambar sekumpulan kanak-kanak berusia lingkungan 8 tahun itu di laman Facebook, bimbang jika kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka.
“Jam 3.20 pagi, ini anak-anak siapa? Seramai belasan kanak-kanak yang berbasikal di waktu begini berhampiran Bluewave Hotel menghala ke Jalan Lingkaran Dalam / Jalan Ah Siang.
“Budak-budak ini rasanya umur mereka dalam lingkungan 8 tahun dan tidak melebihi 14 tahun. Basikal pula tiada lampu keselamatan di belakang (rear LED light) dan kesemua mereka tidak memakai jaket pantul cahaya mahupun topi keledar. Tambahan, basikal mereka pula rendah,” katanya.
Felicia berkata, tidak salah berbasikal namun aspek keselamatan diri perlu diutamanya, lebih-lebih lagi di kawasan itu gelap.
“Mereka berbasikal sesuka hati sehingga mengambil ruang satu lorong hanya disebabkan tiada kereta. Apa yang saya bimbang ialah, jika ada pemandu yang mabuk dan tidak menyedari kehadiran mereka akan menyebabkan perkara buruk yang berlaku,”
Dalam kenyataan yang sama, Felicia meminta warga group Facebook JB Traffic, Road Blok & Potholes Report menwar-warkan gambar tersebut dan sekiranya mengenali kanak-kanak tersebut, nasihatkan agar tidak melakukan aktiviti berbahaya itu lagi.
Menurut ahli group tersebut, ini bukan kali pertama sekumpulan kanak-kanak itu berbasikal dan merayau di tengah malam. Malah ada yang mendakwa kanak-kanak berkenaan gemar buat bising dan mengacah-acah kereta yang lalu lalang untuk melanggar mereka.
Justeru, netizen meminta ibu bapa memantau anak masing-masing dari melakukan sebarang aktiviti yang tidak sihat dan berbahaya. Usah terlalu berikan kebebasan sehingga satu masa kelak ia berakhir dengan tangisan. – The Reporter
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment