Perkasa Hubungan Agama, Bukan Mahkamah Syariah!
Published on Dec 31, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah baru-baru ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS itu harus dibiarkan kekal di atas kertas sahaja di Parlimen supaya ia tidak diteruskan di Malaysia.
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa Parlimen untuk memperkasakan hubungan antara agama di negara ini berdasarkan Perlembagaan Negara, Perjanjian Malaysia 1963 dan Rukun Negara.
Kerajaan Malaysia perlu menilai semua cadangan membabitkan agama di negara ini, tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Abdul Hadi pada 24 Novewmber lalu membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tetapi penerangan lanjut mengenai usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.
Rang undang-undang itu antara lain bertujuan memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Bagaimanapun, usaha PAS itu mendapat bantahan hebat Pakatan Pembangkang yang diketuai DAP dan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).
DAP menyifatkan rang undang-undang itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di negara ini yang disifatkan lapuk dan bakal mengundang bias kepada kaum wanita.
PKR dan PAN pula menyelar rang undang-undang itu kerana dianggap sebagai mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan bukan Islam di negara ini. mynewshub.cc
Tags: DAPPAS
Anda Juga Mungkin Berminat
Dec 12, 2016
Cybertrooper Pakatan Miliki Banyak Akaun FB!
KUALA LUMPUR PAS memandang berat kewujudan `cybertrooper yang ditugaskan oleh musuh-musuh parti itu untuk melempar
Nov 21, 2016
Kedudukan Salleh Man Di Pulau Pinang Terus Dipersoal
GEORGE TOWN Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) hari ini mempersoal kedudukan wakil rakyat PAS, Datuk
Nov 13, 2016
Tony Pua Tanya Apa Guna Berpakat Dengan PAS?
KUALA LUMPUR Apa gunanya bersepakat dengan sebuah parti yang dikatakan berasaskan prinsip-prinsip agama tapi enggan
Post navigation
Previous Story Previous post: Jalan Kampung Rosak Teruk Lebih 10 TahunNext Story Next post: Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam
Terkini dari Politik
Dec 31, 2016
DAP Mahu Setiap Agama Nikmati Hak Sama
KUALA LUMPUR Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat tuduhan Dec 31, 2016
Sehari Dalam Kehidupan YB. Dr. Irmohizam
YANG pengundi paling tidak suka tentunya YB yang hanya tunjuk muka menjelang Dec 31, 2016
Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti Nur Jazlan
JOHOR BAHRU Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Dec 30, 2016
Mohamad Ezam Mohd Nor Keluar PPBM?
PETALING JAYA Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar Dec 29, 2016
Pemimpin Pakatan Harapan Mahu PAN Dibubarkan?
KUALA LUMPUR PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment