loading...

Tuesday, 17 January 2017

2 UFO dikesan terbang berhampiran bangunan Komtar

1.png

GEORGETOWN, PULAU PINANG – Viral sebuah video rakaman orang awam yang mendakwa dua buah UFO kelihatan berlegar berhampiran bangunan Komtar, semalam, lapor The Star.

Video yang dimuat naik oleh Wang Soon You menunjukkan dua objek berwarna putih terbang berhampiran bangunan Komtar.

16105528_10154464485352408_8794358692748

Selain itu, Wang turut memuat naik beberapa gambar di mana orang awam juga menyaksikan ‘penampakan’ yang tidak dijangkakan itu.

Video dan gambar itu telah dikongsi lebih 5,000 pengguna di Facebook dan 200 komen dari netizen.

Menurut Shirley Sharine, objek berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera, manakala Sharlynn Charlsharlynn Lim pula berpandangan mungkin objek tersebut adalah dron.

Bagaimanapun, ada netizen yang tidak bersetuju kerana dron tidak mempunyai saiz yang besar seperti itu jika dilihat dari jarak yang jauh. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: gengviral

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...