loading...

Monday, 9 January 2017

Apa Sebab Wanita Perlu Tidur Lebih Lama Dari Lelaki

Kenapa Sebab Wanita Perlu TIdur Lebih Lama dan Banyak Dari Lelaki

Kenapa dan apa sebab wanitaperlu tidur lebih lama dan lebih banyakdaripada kaum lelaki? Adakah anda tahu, mengikut satu kajian oleh pakar dari USA mendedahkan bahawa kalau wanita memerlukan masa yang lebih banyak daripada kaum lelaki untuk memulihkan semula otaknya yang bekerja keras di siang hari.

Perempuan yang tidak mendapat tidur yang cukup cenderung untuk mengalami kemurungan dan sering marah-marah. Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan kaum lelaki. Menurut kajianitu juga turut mendedahkan bahawa faktor kurang tidur akan meningkatkan risiko sakit jantung, sakit mental, strok dan radang dalam tubuh badan.

Perempuan yang kurang tidur cenderung untuk mendapat radang yang teruk sehingga menyebabkan badan terasa sakit ketika bangun dan seterusnya memjejaskan kesihatan dan fokus. Mengikut pandangan Dr. Michael Breus, kaum wanita bagaimanapun boleh mengelak masalah ini dengan power nap iaitu tidur sekejap pada waktu siang (tidak melebihi 90 minit).

Semasa tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. Lebih banyak otak digunakan pada waktu siang hari, maka lebih banyak ia perlukan masa untuk pulih dan lebih banyak tidur di perlukan.

Oleh sebab itu, anda kenalah faham sebab wanita perlu tidur lebih lama danbanyak daripada kaum lelaki. Jangan pula anda terus menganggap mereka sebagai pemalas.

Baca lagi

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...