Isu & Kontroversi
Seperti yang sedia maklum, jaringan pemain Pulau Pinang, Faiz Subri pernah menjadi tumpuan dunia apabilasepakan percumanya melencong dengan unik sebelum menerjah masuk menewaskan penjaga gol Pahang. Jaringanitu telah tersenarai dalam tiga jaringan terbaik dunia untuk seterusnya dipilih menerima Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Fuhh memang hebat kan?
Artikel Berkaitan :Atasi Pemain Terbaik Dunia Lionel Messi & Neymar, Faiz Subri Tercalon Dalam Top 3 Gol Terbaik FIFA
Baru baru ini Faiz Subri telah menerima persalinan baju melayu dariTan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar. Khabarnya baju itu bakal dipakai Faiz untuk majlis anugerah Puskas FIFA. Namun rata rata netizen mengecam pakaian itu dan berharap agar Faiz tidak memakainya di majlis itu. Haa dah kenapa?
Faiz Subri dapat persalinan baju Melayu
SEPANG, 7 Jan (Bernama) Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia, malam ini.
Penyerahan persalinan itu oleh Yang DiPertua AMM Mass Ahmad Kamal kepada Mohd Faiz dilaksanakan seperti adat menghantar pergi utusan pembesar Kerajaan Melayu lama sebagai simbol tanda doa seluruh rakyat Malaysia.
Selain itu, ia juga sebagai sokongan semangat terhadap kesungguhan Mohd Faiz memakai busana tradisional Melayu di persada antarabangsa yang disifatkan sebagai orang muda yang bersemangat jati diri tinggi
Sumbangan pakaian itu dianggarkan bernilai RM3,000 itu juga merupakan pengiktirafan terhadap kesungguhan Mohd. Faiz untuk mengenakan busana tradisional Melayu itu di pentas antarabangsa yang disifatkan sebagai semangat jati diri tinggi yang dimiliki generasi muda.
Biarpun arahan dan penetapan pakaian sudah diberikan dan saya berharap akan dapat memakainya ketika menerima anugerah itu nanti dan itulah impian saya.Saya juga amat berterima kasih kepada semua peminat bola sepak yang telah mengundi dan memberi sokongan moral untuk berjaya dipilih sehingga menjadi tiga calon akhir untuk anugerah itu.
Menurut Faiz, dia mengharapkan dia dapat memakai busana itu ke majlis penerimaan anugerah itu walaupun sudah diberi penetapan pakaian.
Pakaian too much
Pakaian orang kahwin
Apa apa pun mari sama sama kita doakan kejayaan Faiz Subri. Yeah Malaysia Boleh! Kami di OhBulan!ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Faiz Subri.
Sumber : Bernama
- Bio
- Latest Posts
Shafika
Latest posts by Shafika (see all)
- Baju Macam Orang Kahwin Pakaian Faiz Subri Didakwa Melampau Untuk Ke Anugerah FIFA, Pendapat Anda? – 08/01/2017
- Sebelah Muka Tak Berfungsi, Mulut Senget Pengalaman Ngeri Wanita Ini Terkena Gangguan Saraf – 07/01/2017
- Lebih 10k Perkongsian Di Facebook, Ini Tips Berguna Mudah Bersalin Buat Ibu Hamil – 07/01/2017
- Themometer Pecah & Kesan Bertukar Hitam, Ini Langkah Penting Cara Selamat Mengendalikan Themometer – 06/01/2017
- Pandai Buat Pandai Simpan? Teguran Pakar Kecemasan Untuk Sharnaaz Ahmad Isu Panjat Ipoh – 05/01/2017
Leave a Reply Cancel reply
Your email address will not be published. Required fields are marked *
Comment
Email *
Website
2017 OHBULAN!. All Rights Reserved.
Sumber: Ohbulan
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment