Bekas Pengarah SPRM Mohon Bersara Awal 6 Bulan Lalu
Published on Jan 3, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohammad Zain bersara kerana kecewa kegagalan satu kes besar dibawa ke mahkamah.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan di sini hari ini, SPRM menjelaskan, laporan sebuah portal berita tempatan kononnya ia menjadi punca kenapa beliau menamatkan perkhidmatan dengan lebih awal adalah tidak benar.
Bahri sebaliknya telah memohon kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bersara pilihan atas kehendak dirinya sendiri sejak enam bulan lalu dan ia kemudian berkuat kuasa pada 30 Disember 2016.
Permohonan yang dibuat beliau itu juga adalah selari dengan peraturan JPA iaituseseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuatpermohonan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh persaraan.
SPRM turut merujuk kenyataandi sebuah portal media hari ini bahawa beliau memilihbersara awal kerana kecewa kes siasatan berprofil tinggi melibatkan SRC International tidak bolehdibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Pihak SPRM kemudian telah menghubungi sendiri beliau dan Dato Bahri menafikan pernah ada mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian kepada portal berita tersebut, kata kenyataan SPRM tanpa menamakan portal itu.
Bahri yang memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun2014 mendapat perhatian susulan pendedahan portal itu konon beliau mengkritik Peguam Negara tidak meneruskan pendakwaan kes SRC.
Beberapa portal politik tempatan turut melaporkan Bahri pernah sering memburuk-burukkan kepimpinan negara dalam beberapa isu besar namun beliau bertegas menafikan perkara tersebut termasuk membocorkan rahsia SPRM.
Tahun lalu, beliau dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob mendapat perhatian kerana ditukarkan serta-merta ke sebuah jabatan lain sebelum arahan tersebut ditarik balik. Mynewshub.cc/HAA
Tags: Datuk Bahri Mohammad ZainSPRM
Anda Juga Mungkin Berminat
Jan 3, 2017
SPRM Boleh Masuk Siasat Puspakom, Kata Liow
BENTONG Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan
Dec 30, 2016
Tertuduh Skandal Air Sabah Fail Rayuan Minggu Depan
KOTA KINABALU Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan isterinya,
Dec 29, 2016
Didakwa Seleweng RM3.3 Bilion
KOTA KINABALU Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan
Post navigation
Previous Story Previous post: Peraturan-Peraturan Kawalan Harga & AntipencatutanNext Story Next post: Wanita Gemar Tonton Pornografi Lebih Berisiko Cerai
Terkini dari Politik
Jan 3, 2017
PPBM Bergolak, Muhyiddin Sekeluarga Bercuti Mewah
KETIKA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teruk dilanda pergolakan dalaman, presidennya, Tan Jan 3, 2017
India Larang Guna Agama, Kasta Pancing Undi
NEW DELHI Mahkamah tertinggi India semalam melarang ahli politik menggunakan agama Jan 2, 2017
Puteri UMNO Fokus Agenda Dan Strategi Perkukuh Barisan
ALOR GAJAH Puteri UMNO akan fokus pada aturan agenda dan strategi Jan 1, 2017
PAS Kritik PKR Bermuka-Muka! Naib Presiden
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan Jan 1, 2017
Ini Baru Betul Penunggang Agama
KUALA LUMPUR Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment