Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja kedengaran Elizabeth Tan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki Melayu. Enggan spekulasi itu terus bertebaran, Elizabeth Tan menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun, pada masa yang sama beliau mengakui sedang rapat dengan seorang ahli perniagaan berbangsa Melayu sejak beberapa bulan lalu.
BACA: Elizabeth Tan Akui Takut Untuk Dekati Mana Mana Lelaki
Memang benar saya berkawan dengan seseorang. Tetapi kalau nak kata kekasih status itu masih terlalu awal kerana kami baru saja berkenalan, sekitar November lalu. Bagaimanapun, saya tidak menafikan dialah lelaki paling rapat dalam hidup saya
Namun begitu, berita mengatakan kami mahu berkahwin dalam masa terdekat dan dakwaan kononnya saya mahu berhenti menyanyi selepas berkahwin adalah tidak benar. Jika ada jodoh dan ditakdirkan kami akan berkahwin, tiada sebarang pengumuman awal akan dibuat seperti artis lain, katanya kepada Berita Harian Plus mengenai perkara itu.
Fasa hubungan mereka mungkin masih baru tatapi Elizabeth Tan turut mengakui dirinya pernah beberapa kali keluar bersama jejaka berkenaan. Manakala sikap kelakar jejaka itu merupakan antara faktor Elizabeth Tan terpikat dengannya. Sementara itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan jika dirinya bakal berkahwin dengan ahli perniagaan itu. (rkty/w)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment