loading...

Monday, 16 January 2017

Hazama buat persiapan kahwin hanya seminggu

16110571_363616367354479_652120543143447

Perkahwinan Hazama dan isteri yang berlangsung pada Ahad lalu rupanya hanya mengambil masa hanya seminggu untuk membuat segala persiapan. Tarikh itu dipilih selepas meneliti ianya merupakan masa yang sesuai sebelum beliau kembali sibuk dengan kerjaya seninya.

BACA: Hazama, Genervie Kam Selamat Bernikah

Saya buat persiapan pada minggu lepas kerana selepas mencari tarikh hanya pada minggu ini yang tiada kerja, minggu depan jadual saya penuh sehingga bulan Ramadan. Masa itu saya fikir jalan sahajalah, kalau jadi, jadilah kalau tidak jadi pun kita tangguh sahaja nikah itu dulu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan

Saya rancang ingin nikah sahaja dan tiba-tiba ramai pula yang ingin menaja, semuanya kawan-kawan yang tidak sabar melihat kami berkahwin. Bukan saya tidak mahu jemput media untuk akad nikah, cuma saya tidak mahu perkara itu akan beri tekanan kepada saya ketika lafaz nikah, katanya kepada m Star Online berhubung dengan perkara itu.

Majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat penyanyi itu sahaja. Malah jelasnya tiada jemputan media di majlis pernikahannya kerana beliau tidak ingin menambahkan tekanan ketika melakukan acara akad nikah.

Forum-Ads-Endah-Parade.jpg

Pada Ahad lalu, Hazama telah selamat bernikah dengan kekasih hatinya, Genervie Kam tepat jam 10.30 pagi di sebuah villa di Gombak. Pasangan itu telah bercinta selama hampir lima tahun dan lebih selesa memilih untuk melangsungkan perkahwinan ringkas sahaja. (rkty/w)





SUMBER
M Star Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...