loading...

Tuesday, 3 January 2017

Kalau kau dah gemok dari kecil kau takkan boleh kurus sampai bilabila Lelaki ini buktikan katakata itu salah

2j2k6rg

Tahun 2016 baru saja meninggalkan kita, pastinya ada yang masih tidak mampu mencapai azam yang disasarkan pada awal tahun lalu kan? Mungkin di antara kita ada yang berazam untuk kuruskan badan, namun tidak berjaya melakukannya atas pelbagai sebab dan alasan.

Tetapi, jangan mudah berputus asa kerana di kala anda frust menonggeng sebab tak dapat kuruskan badan, lelaki ini yang gemuk dari zaman kanak-kanak kini berjaya menurunkan berat badannya berkilo-kilogram! Malah beliau sendiri tidak menyangka dia mampu memakai seluar saiz 34 buat pertama kali seumur hidupnya.

Gemuk sejak dari kecil lagi. Saiz seluar, 36, 40-42, 38

2iG0Aob

Seronok jadi gemuk, ramai kawan dan selalu diingati sebab ‘nampak’

2j2tZFu

Tetapi di sebalik keseronokan itu, ada masalah kesihatan yang tak tertanggung. Kejap-kejap pening kepala, sakit belakang badan

2iG8JJ9

Mula bersenam tetapi ‘cedera’ di tengah jalan

2j2u4Jj

Tertarik tengok rakan serumah bersenam sehinggalah diajak untuk turut serta. Larian pertama, 10 kilometer. Kaki tertinggal di Crown Danga Bay

2iFZWHe

Belajar untuk hidup sihat, elak pengambilan gula dan kurangkan makanan yang berkalori tinggi. Banyakkan membaca maklumat kuruskan badan secara sihat di Google.

2j2tjjm

Dari berat 128 kg turun ke 118 kg dan seterusnya 98 kg. Rasa nak cium pipi semua orang (gembira)

2iFVUhO

Terus berlari, kawal pemakanan, tiada lagi sakit belakang badan atau masalah sukar buang air besar. Sasar berat ideal 80 kg. Syukur isteri banyak membantu menyediakan makanan ‘sihat’

2j2sBCL

Setiap selasa di Nongchik Riverside, jom turunkan berat badan!

2iFWufs

Jadi, anda masih mahu berazam untuk turunkan berat badan anda pada tahun ini? Jika Zulkifle Maarof yang gemuk sejak dari kecil ini, boleh melakukannya, kenapa tidak anda? Apa alasan anda untuk tidak berusaha menurunkan berat badan? – The Reporter

Sumber: citeheboh1.png

Sumber: citeheboh

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...