loading...

Saturday, 7 January 2017

keluarga bercerai bukan pemusnah segalanya

7-Keluarga-Bercerai-Bukan-Pemusnah-Segal

Hadir daripada keluarga yang berpecah belah, jelas sekali Ayda Jebat tidak menjadikan perkara tersebut sebagai halangan untuk berjaya dalam kerjaya. Mengakui terkesan dengan perkara tersebut ketika usianya masih kecil, Ayda Jebat tahu apa yang perlu diberi fokus.

BACA: Nora Danish, Ayda Jebat Letih Kena Kutuk

Saya tidak pernah malu dengan latar belakang keluarga bercerai dan masa silam saya yang lain. Perceraian keluarga bukan pemusnah segala-galanya. Apa yang penting cara yang terbaik untuk melakar masa depan

Orang luar dengan mudah menilai kita itu atas nasib yang menimpa. Tapi kita yang mengalaminya itu pasti lebih terasa kerana kita yang melaluinya sendiri. Jadi tidak perlu hendak terlalu memikirkan tentang perkara tersebut. Jangan juga terlalu lama memendam perasaan dan menyesali apa yang telah berlaku

Cepat-cepatlah bangkit dan menjadi manusia yang boleh membanggakan semua. Itu lebih baik daripada selama-lamanya berterusan berada di takuk lama, kongsinya kepada Utusan Online.

adv.php?sid=332179965797

Bagaimanapun menurut Ayda Jebat lagi, keluarganya yang pernah berpecah belah satu ketika dulu kini sudah pun berdamai selain dapat menerima kenyataan tentang apa yang terjadi. (rtky/s)



Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:

Post a Comment

loading...