Keunikan Wajah Gadis Kulit Gelap Ini Menjadi Perhatian Dunia
Cantik itu subjektif! Begitu juga dengan warna kulit kamu. Dunia fesyen dan industri hiburan sebenarnya telah lama mendiskriminasi wanita berkulit gelap dan hanya mengangkat kulit putih sebagai simbol kecantikan.
Seorang gadis dari Selatan Sudan yang berkulit cantik tanpa cela dan gelap membuktikan kecantika bukan terletak pada warna kulit.
Gadis cantik yang dikenali sebagaiPrincess Lolitadi Instagram menjadi viral kerana memiliki wajah yang sempurna persis patung barbie.
Lolita menerima puluhan ribu komen yang memuja keunikan wajahnya dan sehingga kini dia memiliki lebih 176 ribu pengikut di Instagram.
Identiti dan latar belakangnya masih lagi menjadi tanda tanya, tetapi ada yang mengatakan dia kini telah bergelar seorang model di negaranya.
Keunikan wajah Lolita ternyata asli dan bukanlah teknik solekan selepas dia memuat naik puluhan selfienya di Instagram.
Dia juga berbangga dengan warna kulitnya dan Lolita memiliki bibir yang mungil, gigi yang putih dan tersusun juga anak mata berwarna hazel.
Sumber: siakapkeliviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment