Jika sebelum ini Zul Ariffin tidak habis habis dihimpit mengenai kisah percintaan, pelakon lelaki itu baru baru ini menyatakan pendiriannya untuk tidak lagi mendedahkan perkara peribadi dan mahu lebih fokus kepada kerjaya.
BACA: Zul Ariffin Nafi Sombong Dan Dakwa Pemilik Restoran Menipu
Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar. Saya kena menjaga pihak yang melantik saya sebagai duta
Cerita sebegini hanya akan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi, jelasnya kepada Harian Metro.
Sementara itu dalam masa yang sama, dia juga enggan memberi sebarang komen mengenai kisah percintaannya bersama Zahirah MacWilson yang sebelum ini dikatakan sudah berakhir. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment