loading...

Monday, 9 January 2017

Mana nak lari woi

2jur2lk

MARAN, PAHANG – Seorang kanak-kanak perempuan mengalami bengkak di tangan kiri selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berlari mendapatkan ibunya, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2 petang di Shell Kampung Awah itu, mangsa berusia lingkungan 4-5 tahun itu sedang berlari mendapatkan ibunya yang masuk ke kedai, namun tidak menyedari kehadiran sebuah kereta lalu dilanggar sehingga terjatuh.

Menurut ibu saudara mangsa, Ina, pemandu Perodua Myvi terbabit telah melarikan diri, meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan.

2juBNnE
Pemandu Perodua Myvi yang didakwa melanggar mangsa berusia 4-5 tahun di Shell Kampung Awah, Maran, Pahang petang tadi | Foto Ina Rockers

Mangsa dihantar ke hospital dan imbasan x-ray mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan hanya mengalami bengkak di sebelah tangan kiri.

Posted by Ina Rockers on Monday, 9 January 2017

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis dan memuat naik video kejadian yang diperolehi dari kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut, di media sosial. Malah menurut Ina, bapa mangsa juga difahamkan mahu mengambil tindakan undang-undang. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...