Budak lelaki yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah rumah sewa di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, dipercayai bukan anak kepada wanita yang disangka ibunya.
Ketua Polis Daerah Tampin berkata, wanita berusia 36 tahun terbabit mendakwa Muhamad Adam berusia tiga tahun bukan anaknya tetapi anak rakannya.
Menurutnya, penemuan terbaru dalam siasatan mendedahkan wanita itu bukan ibu kandung mangsa tetapi berkemungkinan suspek mengambil upah menjaga kanak-kanak itu.
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu. Setakat ini, Polis masih belum mengenal pasti identiti ibu sebenar mangsa.
Beberapa saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan.
Cara terakhir adalah pihak polis berkemungkinan akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) apabila ibu sebenar mangsa sudah dikenal pasti.
Muhamad Adam ditemui ditinggalkan di rumah itu dalam keadaan berbogel dan kelaparan. -PENMERAHDOTCOM
Sumber : Penmerah
Sumber asal: superkiram.blogspot.com
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment