Sejak kebelakangan ini, hubungan Fattah Amin dan Neelofa dikatakan berantakan kerana wujudnya pelbagai perkara termasuklah isu orang ketiga.
Boleh tahan hangat juga kisah mereka diperkatakan oleh ramai lebih-lebih lagi peminat fanatik mereka yang agak kecewa ketika ada khabar angin mengatakan hubungan mereka sudah berakhir.
Terbaru menerusi ruangan Mary Jane di akhbar Mingguan Malaysia di slot Pancaindera, beliau memberitahu hubungan Fattah dan Neelofa sudah kembali pulih. Khabarnya, Fattah lah yang mengambil tindakan mengejutkan di mana dia sendiri berusaha untuk memujuk Neelofa dan meneruskan kisah mereka ke arah yang lebih baik.
Wah, ini adalah berita baik buat peminat Lofattah, nampaknya kasih sayang antara mereka masih lagi utuh. Ermm, kalau rasa masing-masing mempunyai keserasian, janganlah tunggu lama-lama. InshaAllah, ramai yang akan mendoakan hubungan Fattah Amin dan Neelofa bukan?
Sumber Berita : Utusan Malaysia
Sumber asal: Beautifulnara
Sumber: ohwhuuut
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment