Walaupun angin bertiup kencang mengatakan rumah tangga Hanez Suraya sedang bergolak sehingga ada sumber mengatakan beliau menfailkan penceraian di mahkamah, Hanez menafikan perkara berkenaan. Jelasnya, perkahwinan yang dibina sejak dua tahun lalu itu masih bahagia.
BACA: Hanez Suraya Sah Failkan Penceraian
Tiada apa perlu dijelaskan atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, yang penting saya dan suami, kami masih bahagia bersama, tidak ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal
Apa yang terjadi biarlah kami selesaikan, tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak. Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri, katanya kepada Berita Harian Online.
Dalam masa yang sama, Hanez turut memohon maaf terhadap tindakannya yang berdiam diri ketika gosip tersebut bertebaran di media sosial. Terdahulu, Hanez dikatakan telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, Romie Razin. Namun beliau dikatakan tidak menghadirkan diri ke mahkamah pada hari perbicaraan dan hanya diwakili oleh peguamnya. (rkty/w)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment