loading...

Saturday, 7 January 2017

Sekitar majlis akikah anak shiera dan ijoy

15802186_190012934805892_860243511578984

Semalam telah berlangsung dengan meriahnya majlis akikah dan cukur jambul bagi bayi bongsu pasangan Sharifah Shahirah dan Ijoy, Adeena. Majlis yang cukup indah itu telah diadakan di Club House Sunway Montana bersama sekumpulan marhaban yang turut melengkapi majlis tersebut.

BACA: Sharifah Shahirah Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Dalam majlis tersebut juga, Shiera dan Ijoy lengkap berpakaian serba putih dan turut sama memeriahkan majlis adalah tiga anak mereka yang lain. Selain itu juga kelihatan, adik kepada Shiera, Sharifah Sakinah yang hadir bersama suami yang juga kini sedang hamil buat kali kedua selepas mengalami keguguran pada tahun lepas.

Dalam pada masa yang sama, beberapa rakan artis turut sama datang menyaksikan majlis yang cukup sederhana itu. Antaranya, Nad Zainal bersama suami dan anaknya, Zul Yahya sekeluarga, Nabil Ahmad sekeluarga dan ramai lagi. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis akikah dan cukur jambul Adeena semalam. Rejoice! (rkty/w)









adv.php?sid=332179965797

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...