loading...

Thursday, 12 January 2017

Seram Kepala patung dan objek di atas meja tibatiba bergerak sendiri

1.png

Video seorang kanak-kanak diganggu makhluk halus di kediamannya pada 16 September 2016 lalu, viral di media sosial membuatkan ramai netizen meremang bulu roma.

Berdasarkan video rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 5.10 petang, kanak-kanak perempuan berkenaan dilihat sedang bermain dengan dua anak patungnya di ruang legar. Namun secara tiba-tiba kepala patung berbaju merah yang berada tidak jauh darinya berpusing ke arah kanan seolah-olah sedang menoleh ke arahnya.

2.jpg

Pada keesokkan harinya, jam 8.22 malam, kanak-kanak berkenaan dilihat sedang melakukan aktiviti menulis/mewarna di meja ruang tamu.

Secara tiba-tiba kertas yang diletakkan di hadapannya terbang ditiup angin, menyebabkan dia lari. Seketika kemudian, dia kembali lagi melihat keadaan di ruang tamu itu.

Sekali lagi, kertas tersebut ditiup angin dan jatuh berterabur di lantai. Kotak pencil warna dan beberapa peralatan yang lain di atas meja itu juga turut dijatuhkan ‘sesuatu’ sebelum meja tersebut bergerak sendiri.

Un hombre pone cmaras en su casa porque dice que un espritu atormenta a su hija
Posted by La Otra Dimensin on Monday, 26 December 2016

Tidak dinyatakan kejadian berlaku di mana namun difahamkan dimuat naik ke media sosial oleh bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan mengadu kepada bapanya bahawa dia sering diganggu sesuatu menyebabkan bapanya mengambil keputusan untuk memasang CCTV dalam kediaman mereka. – The Reporter

Sumber: thereporter

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...