loading...

Sunday, 15 January 2017

Tahukah Anda ResumeCVBiodata Itu Berbeza Tau Lain Syarikat Minta Lain Anda Bagi Jom Bandingkannya

2jOH9q3

Lain yang disuruh bawa, lain yang anda berikan. Kalau anda sedar, dalam iklan kerja satu-satunya benda wajib yang perlu dibawa adalah CV atau Resume.

Kami yakin ramai yang keliru antara Resume/CV/Biodata bukan? Ada yang menganggap ia adalah benda yang sama, sebenarnya anda salah! Ia berbeza sama sekali.

Bukannya apa, ramai graduan muda tak lampirkan CV/Resume ini, mereka hantar Biodata pun ada. Jadi, hentikan kekeliruan anda dengan mengenalpasti perbezaan isi kandungan terhadap ketiga-tiga benda ini,satu info yang anda boleh amalkan pada masa akan datang.

1. Resume = Ringkasan

2jOKuW0

Ayat resume berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud “ringkasan”. Resume biasanya adalah ringakasan terhadap pendidikan, kemahiran, dan pekerjaan seseorang apabila memohon kerja baru. Kebiasaanya, panjang resume hanyalah 1 atau 2 muka surat sahaja. Tak lebih daripada itu, jadi lagi ringkas lagi bagus.

2. Curriculum Vitae (C.V) = Perjalanan Hidup

2jOL4mQ

Curriculum Vitae merupakan ayat latin yang bermaksud “perjalanan hidup”. Info yang perlu dilampirkan disini adalah lebih terperinci berbanding resume, Ia lebih kepada pengalaman proffesional calon. Panjang untuk resume ini adalah 2 hingga 3 muka surat atau lebih bergantung kepada pencapaian dan pengalaman calon.

3. Bio – Data

2jONAJs

Bio Data adalah ringkasan untuk ayat “Biographical” yang lebih memfokuskan pengenalan diri kepada butiran yang lebih peribadi seperi nama, tarikh lahir, hobi, agama, bangsa, status perkahwinan dan sebagainya.

Ramai calon menghabiskan ruang dengan mengisi biodata di CV/Resume mereka. Kebanyakkan syarikat lebih gemar Resume, tapi Resume biasanya memfokuskan kepada mereka yang berpengalaman. Graduan muda digalakkan untuk melampirkan CV. Bagaimanapun ia bergantung kepada majikan apa yang mereka mahukan.

Sumber : Mediahub

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...