Usul PAN Lebih Jelas Berbanding PAS
Published on Jan 9, 2017 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (PAN) menyindir usul bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah yang pernah dibentangkan pemimpinnnya di Parlimen, Dr. Siti Mariah Mahmud lebih jelas dan nyata berbanding usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, usul Siti Mariah yang mengandungi cadangan bagi memperkasakan peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah itu dibentangkan pada sesi Bajet tahun lalu.
Satu usul yang mengandungi cadangan-cadangan bagi mencapai maksud memperkasa peranan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja pada tahun lepas.
Kandungan dan maksud usul tersebut adalah jelas dan nyata, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, PAN akan tetap memberikan pandangan dan cadangan pindaan yang konstruktif berkaitan usul persendirian Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) oleh Abdul Hadi.
Kata beliau, pendirian serta cadangan PAN berhubung usul RUU355 hanya akan diberikan di Parlimen apabila usul itu diterima untuk dibahaskan pada mana-mana sesi Parlimen akan datang..
PAN berpandangan Parlimen adalah pentas yang paling sesuai untuk usul ini dibentang dan dibahaskan, katanya.
PAS melalui Presidennya sebelum ini membawa usul di Dewan Rakyat bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah namun dikecam Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta PAN.
DAP mengganggap usul PAS itu strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia yang merupakan satu undang-undang lapuk dan mengundang bias kepada kaum wanita.
PKR dan PAN pula mendakwa usul yang dibentangkan Presiden PAS itu mengundang kebimbangan bukan Islam dan perlu dikaji semula supaya tidak melanggar Perlembagaan Negara. MYNEWSHUB.CC
Share this:
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to share on Twitter (Opens in new window)
- Click to share on Google+ (Opens in new window)
- Click to email this to a friend (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
- More
- Click to share on Pinterest (Opens in new window)
- Click to share on Tumblr (Opens in new window)
- Click to share on LinkedIn (Opens in new window)
- Click to share on Pocket (Opens in new window)
Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangPANRUU355
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 24, 2016
Presiden PAS Main Politik Tangguh Bentang RUU 355?
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sengaja menangguhkan pembentangan
Jan 7, 2017
Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di UK Abai Mangsa Bah
IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin inilah bidalan sesuai bagi
Jan 7, 2017
Himpunan Mega Sokong RUU355 18 Februari Ini
SHAH ALAM Satu himpunan besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 18 Feb
Post navigation
Previous Story Previous post: 90 Peratus Pemain TRW Anak Jati Kelantan AnnuarNext Story Next post: Nasrudin Akui PAS Tidak 100 Peratus Demokrasi
Terkini dari Politik
Jan 9, 2017
Nasrudin Akui PAS Tidak 100 Peratus Demokrasi
KUALA LUMPUR PAS akan memanfaatkan setiap ruang demokrasi yang ada di Jan 9, 2017
Berbilion-Bilion Wang Saudi Diterima Oleh Tun M & Anwar
KEMBALI pada tahun 2015, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya Jan 9, 2017
Pelukis Najib Bermuka Badut Berjaya Ke Luar Negara
SEORANG pereka grafik yang telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen gara-gara status Jan 9, 2017
Pengurusan Kes Saman Fitnah Maria Terhadap Jamal 17 Feb
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb Jan 7, 2017
Wakil Rakyat PAN Cuti Mewah Di UK Abai Mangsa Bah
IBARAT paku dulang paku serpih, kata orang tapi dia pula lebih. Mungkin
Kategori
- Alhijrah Frenz
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Uncategorized
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakBombaChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahkanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautkes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatmyArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikPenjarapenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraSPRMUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment