loading...

Friday, 20 January 2017

Video Pelajar Tembak Mati 3 Rakan Di Sekolah

Video Pelajar Tembak Mati 3 Rakan Di Sekolah|Seorang pelajar membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan lima yang lain apabila melepaskan tembakan ke arah rakan sekelasnya di sekolah tinggi di utara Mexico, semalam.

Remaja itu melepaskan tembakan di Kolej Northeastern di bandar raya Monterrey sebelum cuba membunuh diri, tetapi gagal, kata pegawai perlindungan sivil, Oscar Aboytes.

Seorang pelajar masuk dan menembak beberapa rakannya. Tiga maut dan lima lagi cedera, katanya.

Mexico kerap dilanda keganasan kumpulan penjenayah tetapi setakat ini tidak bukti menunjukkan kejadian itu mempunyai kaitan dengan kumpulan berkenaan.

Ia tidak pernah berlaku. Sesuatu seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini di sekolah sekitar negeri Nuevo Leon, kata Setiausaha Keselamatan Negeri, Aldo Fasci.

Kejadian itu ketika negeri Quintana Roo, terletak beberapa ratus kilometer dari Monterrey, baru pulih daripada dua kes tembakan, yang berkaitan pengedar dadah, menyebabkan sembilan maut.

Pada 2014, 43 pelajar kolej perguruan di selatan Mexico hilang dan dipercayai dibunuh.

Video Player

00:00

01:14

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...