loading...

Monday, 9 January 2017

VIDEOTAHNIAHHHMEMANG TERBAIKK Mohd Faiz diumumkan sebagai penerima anugerah Puskas FIFA di Zurich Switzerland

VIDEO:TAHNIAHHH!!!MEMANG TERBAIKK!!!Mohd. Faiz diumumkan sebagai penerima anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland





15895175_10154285002461347_7240738896199



Subri Kader (tengah) bersama isterinya Saadiah Ishak serta anak mereka, Nur Hazwani bersorak gembira apabila Mohd. Faiz diumumkan pemenang Anugerah Puskas FIFA ketika menontonya secara lansung di skrin besar di perkarangan kediaman mereka di Pida 6, Kampung Tok Kepak, Ayer Hitam, hari ini.




image.jpg


JERLUN 10 Jan. – “Bagaikan mimpi!” Demikian ungkapan dilafazkan Subri Kader, 64, apabila ditanya perasaannya sebaik saja nama anaknya, Mohd. Faiz diumumkan sebagai penerima anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland, awal pagi tadi.
Menurutnya, semasa menantikan keputusan itu diumum, dia sebenarnya berdepan debaran paling besar dalam hidup yang tidak pernah dirasai selama ini.
“Apabila mendengar dia menyebut nama saya ketika berucap, saya berasa amat bersyukur. Segala usaha saya ke sana dan ke mari ‘mengusungnya’ bermain bola sepak sejak kecil terasa berbaloi,” katanya.



Kemenangan Mohd. Faiz itu disambut meriah sorakan kira-kira 300 penduduk kampung dan peminat yang menonton siaran langsung anugerah tersebut menerusi layar gergasi di perkarangan rumahnya di Kampung Tok Kepak, Ayer Hitam, dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Sumber: oohhmedia

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...