loading...

Saturday, 9 September 2017

(20 FOTO) SEKITAR PERNIKAHAN ENGKU EMRAN DAN LAUDYA CYNTHIA BELLA

Dengan sekali lafaz Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42, dan Laudya Cynthia Bella, 29, sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 6.57 petang tadi.

Pasangan yang menjadi perhatian media Malaysia dan Indonesia itu dinikahkah oleh bapa Laudya Cynthia Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 pada majlis yang berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Engku Emran turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Bella.Majlis pernikahan Engku Emran dan Bella berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan sahabat karib.

Pasangan berkenaan turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam.Dalam pada itu pasangan sama cantik sama padan ini sempat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan wartawan kerana memberikan ruang kepada mereka untuk melangsungkan acara pernikahan secara sederhana dan tertutup.

Engku Emran dan Bella juga mengharapkan pernikahan yang berlangsung tadi akan meredakan segala spekulasi yang dilaporkan di media-media sosial sebelum ini.

“Kami berdua amat menghargai kerjasama rakan-rakan media. Doakan perkahwinan kami berdua dirahmati Allah SWT dan jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata Engku Emran dan Bella.

Barisan artis terkenal Indonesia yang juga rakan-rakan Bella seperti Melly Goeslow, Titi Kamal, Irwansyah, Teuku Wisnu dan ramai lagi turut hadir menyaksikan pernikahan pasangan itu.

Tidak ketinggalan pelakon terkenal tanah air, Nora Danish dah suaminya, Nedim Nazri iaitu orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Engku Emran dengan Bella juga menjadi sebahagian daripada tetamu.

Juga ucapan istimewa Erra untuk kedua mempelai

Admin ucapkan Selamat Pengantin Baru moga kekal ke anak cucu..

0 comments:

Post a Comment

loading...