loading...

Friday 22 September 2017

Ikan Aneh Yang Seberat 1.2 Tan Ini Bersamaan Dengan 1,170 Bahagian Ikan Biasa Telah Ditangkap Oleh Nelayan Dari Russia Dan Dibiarkan Mati Begitu Sahaja…

 

gambar sekadar hiasan

Makhluk bersaiz gergasi ini ditangkap di Pulau Kuril, tetapi ia telah diberi makan kepada beruang liar kerana sudah mula rosak.

Ini adalah saat yang luar biasa buat para nelayan dari Rusia, di mana mereka menunjukkan hasil tangkapan mereka – seekor ikan yang bukan sahaja aneh, tetapi besar, yang ditangkap di lautan Pasifik. Ia dikatakan menyamai 1170 bahagian ikan dan boleh dibuat keropok. Ia diletakkan bertujuan untuk ditunjukkan kepada orang ramai lebih daripada sehari, sebelum diberikan kepada beruang liar untuk dimakan kerana mula membusuk.

Para nelayan ini berjaya mengeluarkan ‘raksasa’ seberat 1.2 tan daripada perairan di Pulau Kuril

 

Makhluk besar ini mati setelah dibiarkan lebih daripada sehari

 

Nelayan-nelayan berkenaan menerima reaksi daripada media sosial kerana membiarkan ikan yang jarang dijumpai itu, mati. Para saintis tempatan yang tahu mengenainya berkata ia sepatutnya dipelihara (awet) dan didermakan kepada pihak muzium.

Seorang pengguna media sosial memberikan komen : “Mengapa mereka tidak melepaskannya semula ke air setelah mengambil gambar? Ia mula rosak dan kemudian dibuang begitu sahaja”.

Ada yang menambah : “Mereka dengan mudahnya membunuh ikan besar itu. Kalau tidak, ia masih boleh hidup di lautan”.

Ikan bulan ataupun dipanggil moonfish, opah, sunfish, kingfish, redfish ocean pan dan Jerusalem haddock, merupakan ikan bewarna warni di laut dalam, di mana dagingnya mejadi sangat popular baru-baru ini. Ada sesetengah ikan ini yang mencecah 299 kilogram. Ikan terbesar pernah direkodkan pula adalah seberat 2.2 tan, ditangkap pada tahun 1908.

Namun, ikan aneh yang ditangkap di Pulau Kuril ini merupakan ikan terbesar pernah ditangkap di kawasan berkenaan.

 

Saintis tempatan berkata ikan bulan aneh itu seharusnya diawet dan diberikan kepada pihak muzium

 

Nelayan tempatan, Arthur Balkarov berkata: “Seingat saya, saya tidak pernah menangkap ikan sebegitu besar. Kadang kala, anda boleh menangkap ikan keli yang lazimnya bersaiz besar manakala ketinggiannya mencapai 5 kaki. Tetapi, saya tidak pernah pula terjumpa dengan ikan sebesar ini”.

Pada tahun 2015, ia merupakan ikan pertama yang ditemui berjantung panas, di mana ia boleh mengekalkan suhu badannya pada 5°C pada permukaan air.

Sisa ikan berkenaan yang dibiarkan begitu sahaja, membuatkan para pekerja dari Muzium Sakhalin datang ke sana dengan harapan dapat menemui sebarang benda yang berguna untuk pameran, malangnya mungkin mereka tiba agak lewat.

0 comments:

Post a Comment

loading...