Ramai pelancong menghindari pantai kerana sesak, sehingga tidak dapat menikmati percutian yang diinginkan. Jika demikian, kunjungilah pantai di tempat terpencil.
Sememangnya memerlukan usaha dan bajet yang lebih untuk bercuti ke pantai-pantai terpencil di dunia. Pastinya, berbaloi dengan keindahan alam semulajadinya. Berikut pantai terpencil di dunia.
Ko Adang
Ko Adang terletak di Taman Nasional Tarutao, Thailand. Pulau ini adalah rumah bagi traveler dengan hobi hiking dan memiliki pantai yang masih dimiliki oleh penduduk setempat. Pantai ini memiliki keindahan terumbu karang dan air terjun.
Pantai Bai Dai
Pantai Bai Dai di Vietnam hampir tidak dikunjungi pelancong. Pantai ini menjadi rumah bagi pencinta olahraga air kerana ombak yang tenang. Beberapa orang mengatakan pantai ini akan dikembangkan menjadi kawasan pelancongan kelak.
Pantai Macushla
Pantai di Australia ini merupakan rumah bagi haiwan liar yang menakjubkan. Oleh sebab itu, akses ke pantai ini telah dibataskan untuk melindungi haiwan liar, namun berdekatan dengan Great Barrier Reef anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang paling indah di dunia.
Pantai Whitehaven
Pantai Whitehaven, Australia merupakan pantai dari 74 Kepulauan Whitsunday dan menjadi salah satu tempat paling indah di planet bumi. Seluruh pulau masih dalam keadaan lestari dengan pasir murni tanpa pencemaran dan berdekatan dengan Great Barrier Reef.
Untuk pengetahuan, pantai ini hanya boleh diakses dengan perahu atau helikopter. Selain perahu dan helikopter, pantai ini tiada restoran, bar atau hotel.
Sumber: Theactivetimes
The post Pantai-Pantai Terpencil di Dunia appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment