loading...

Friday, 6 October 2017

7 Sebab Mengapa Wanita Rendah Menjadi ‘First Choice’ Ramai Lelaki

Siapa kata perempuan rendah tidak menarik? Sebenarnya, selain daripada comel, wanita rendah ini memiliki pelbagai kelebihan yang lain.

Meskipun ramai lelaki suka melihat wanita yang tinggi kerana mungkin tertarik dengan ukuran kaki mereka yang panjang, akan tetapi sebenarnya, wanita rendah yang menjadi pilihan pertama mereka.

Rendah itu comel

Wanita yang berketinggian rendah sentiasa kelihatan comel dan rata-rata lelaki memang menyukai wanita yang comel. Tambah pula sekiranya ukuran kaki mereka pun bersaiz kecil.

Kelihatan muda

Ketinggian yang rendah dapat membantu membuatkan wanita itu kelihatan jauh lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Sedap dipeluk

Berbeza dengan wanita yang tinggi, wanita yang rendah lebih sedap dipeluk dan dibelai. Bayangkan gadis itu terpaksa mendongak semata-mata mahu melihat anda. Selesanya….

Seperti memerlukan perlindungan

Seorang lelaki rasa bangga dan yakin diri ketika mampu melindungi orang yang dicintainya. Secara naluri, keperluan psikologi untuk melindungi ini boleh dilakukan dengan gadis yang pendek. Gadis pendek di mata lelaki seolah memerlukan perlindungan, kasih sayang dan perhatian. Lain halnya dengan gadis tinggi, mereka nampak lebih berdikari dan tidak memerlukan peranan lelaki.

Tidak akan memutuskan hubungan

Lelaki menganggap gadis yang tinggi mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi sehingga boleh melakukan perkara bersifat angkuh seperti memutuskan hubungan secara sendiri atau hal-hal yang lain. Oleh sebab itu, lelaki akan rasa lebih selesa apabila bersama dengan gadis yang lebih pendek darinya kerana mereka menganggap gadis pendek lebih memahami.

Pendek itu ideal

Entah apa alasannya, sehingga kini ramai gadis pendek rasa kurang keyakinan diri. Sebenarnya sudah tiada lagi alasan untuk berfikiran sebegitu. Bukankah fitrahnya memang idealnya seorang gadis seharusnya lebih pendek daripada lelaki? Baik gemuk pendek atau kecil pendek, selama lelaki tidak segan bersama anda, mereka akan sentiasa kelihatan menawan di mata lelaki.

sumber:

0 comments:

Post a Comment

loading...