loading...

Friday, 13 October 2017

Kisah Seorang Lelaki Tersilap Hantar Email..padahal Dia Ingin Menghantar Email Kepada Isterinya..tetapi Tersalah Hantar Email Pada Seorang Perempuan Yang Baru Kematian Suaminya.. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Semua Orang Terpana!…

 

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Pahang pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dar…ipada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

 

To : Isteri kesayanganku
Date : 21 Jun 2016
Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang.

Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini….

Assalamualaikum & Selamat pagi

 

Sumber: Cantik Sikit via Diari Dunia

0 comments:

Post a Comment

loading...