Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan telah menghabiskan masa bermain permainan 'King of Glory' di telefon pintarnya sepanjang hari di rumah ibu bapanya.
Namun apabila menjelang waktu petang, mata sebelah kanannya tiba-tiba tidak dapat melihat apa-apa menyebabkan dia panik.
Jelas doktor, pihaknya mengalami kesukaran untuk mendiagnosis keadaan wanita itu mungkin disebabkan keadaannya hampir sama dengan masalah hilang penglihatan di kalangan orang tua. Namun bagi wanita itu, berkemungkinan besar disebabkan matanya mengalami ketegangan yang teruk, kerana bermain permainan itu untuk jangka masa yang lama tanpa berehat walaupun seketika.
"Hari itu saya tidak bekerja dan biasanya bangun pada jam 6 pagi untuk bersarapan dan bermain permainan itu sehingga jam 4 petang," kata wanita itu mengenai tabiatnya yang gemar bermain permainan tersebut.
"Kemudian saya makan, tidur untuk tempoh masa sekejap dan bermain sehingga jam 1 pagi.
"Alangkah baiknya jika saya mendengar nasihat ibu bapa saya sebelum ini yang seringkali mengingatkan saya tidak bermain game terlalu lama," katanya.
Sumber: The Reporter
0 comments:
Post a Comment