Jodoh dalam realiti kehidupan tidak seperti di dalam filem, pelakon boleh boleh bertemu di mana-mana, seperti kedai roti atau kedai bunga. Bertemu dengan pasangan dalam kehidupan sebenar bukan semudah yang difikirkan.
Apabila anda bertemu pasangan, anda mungkin juga melihat beberapa sifat yang belum pernah dilihat sebelum ini. Disebutkan di yourtango.com, berikut adalah beberapa sifat yang harus dimiliki oleh bakal jodoh anda.
Bakal jodoh juga mempunyai kekurangan, kadang-kadang menjengkelkan
Anda akan mencintai dia dan dikecewakan juga olehnya. Jodoh akan membawa anda ke tempat-tempat yang baik, pada masa yang sama juga paling teruk, keliru, dan rasa ragu.
Walau bagaimanapun, cinta akan tumbuh dalam diri anda. Dia kan mengukir kekal di dalam ruang hati anda.
Bakal jodoh membuat anda rasa selesa pada bila-bila masa
Anda tidak takut untuk bersikap lebih terbuka padanya. Walaupun dia berkata-kata yang anda tidak mahu dengar, namun anda perlu.
Anda tahu bahawa pasangan akan sentiasa berada di sana. Kehadirannya sahaja cukup untuk menenangkan ribut yang sedang berlaku di dalam diri anda.
Bukannya tidak akan mempunyai masalah lagi. Tetapi dengan mencari orang yang tepat atau pasangan sejiwa, masalah menjadi lebih mudah diurus, kerana ada seseorang yang akan selalu menyokong anda.
Bakal jodoh adalah cerminan diri
Jodoh bukan seorang pahlawan, dia juga tidak akan membuat apa-apa perubahan. Walau bagaimanapun, dia adalah seseorang yang akan membantu anda merasa baik dengan semua yang berlaku dalam kehidupan.
The post 3 Kualiti Yang Harus Ada Bakal Jodoh appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment