Pelakon, Nora Danish rasa sangat kesal dan kecewa dengan kata-kata negatif netizen terhadap anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa kecaman dan hinaan netizen.
Nora akui turut menangis apabila mengenang kembali penghinaan tersebut kerana sebagai ibu sudah tentu perasaan sedih itu wujud apabila bayi yang tidak berdosa menerima nasib sebegitu rupa.
Walau bagaimanapun, suaminya Nedim Nazri Aziz sentiasa berpesan kepadanya agar tidak mengambil kisah mengenai komen-komen tersebut kerana sebagai seorang selebriti sudah tentu dirinya perlu menghadapi perkara tersebut.
Sumber: mstar.com.my
The post Nora Danish Menangis Wajah Anak Jadi Kutukan Netizen appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment