Sesibuk mana pun seseorang, takkanlah si dia langsung tiada masa beberapa minit untuk membalas pesanan ringkas. Kenapa?
Jika sehingga dua hari malah dalam seminggu, tiada balasan pesanan teks, ini bermakna si dia benar-benar sedang menjauhkan diri. Apa sebabnya? Berikut ini aliffchannel.com kongsikan sebab-sebabnya.
Ditanya berulangkali dengan mesej yang sama
Dapat sahaja pesanan teks, mereka diajukan soalan yang sama, daftar masuk sahaja akaun facebook, bayangkan setiap kali wanita akan mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki bertanyakan hal peribadi seperti ‘hai’ ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam’. Ini membuatkan seseorangfwanita malas untuk membalas mesej anda.
Apabila rasa boleh memiliki anda, mereka bermain tarik tali dengan anda
Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini, dia mula main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka rasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.
Rasakan anda lelaki yang tidak bermisteri, tiada daya penarik
Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri.
Sibuk dengan kerja
Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.
Sumber: Baituljannah.com
The post Kenapa Ada Perempuan Tidak Balas Teks Whatsapp Anda appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment