loading...

Saturday, 28 April 2018

Kenapa Perasaan Putus Cinta Amat Menyakitkan

Perasaan putus cinta tidak menjadi perkara yang mudah untuk dilupakan. Malah bagi sesetengah orang, ini adalah satu pengalaman paling menyeksakan.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa putus cinta itu sangat menyakitkan? Jika ya, dipetik dari laman yourtango.com, berikut adalah beberapa sebabnya.

Cinta membuat anda ketagih

Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila jatuh cinta, pusat ketagihan pada otak anda menjadi aktif, ini adalah pusat yang sama apabila seseorang itu ketagih heroin atau kokain.

Cinta mengganggu realiti

Emosi yang kuat boleh bertindak sebagai filter persepsi keseluruhan diri anda. Cinta boleh mengubah cara anda memahami realiti, terutamanya apabila anda putus cinta.

Ini adalah proses kecil yang biasanya dilakukan oleh otak anda apabila anda jatuh cinta. Persepsi ini membuat anda tidak dapat memproses apa yang berlaku semasa berpisah.

Cinta ada akar evolusi secara mendalam

Jatuh cinta mempunyai memori yang mendalam, kenangan terakhir terbentuk apabila anda putus cinta. Inilah sebabnya mengapa ramai orang rasa kecewa dan panik apabila berpisah. – aliffchannel.com

Secara ilmiah, cinta menyakitkan

Penyelidikan menunjukkan bahawa seseorang yang baru saja putus cinta akan mengalami peningkatan dalam aktiviti di tengah pusat rasa kesakitan otaknya. Putus cinta bukan sahaja menyakitkan hati, tetapi juga boleh menyebabkan sakit pada fizikal.

The post Kenapa Perasaan Putus Cinta Amat Menyakitkan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...