loading...

Thursday, 5 April 2018

Sebab Cinta Lelaki Ditolak Oleh Si Dia

Adakah anda pernah ditolak cinta oleh seseorang wanita? Anda mungkin tertanya-tanya, setelah melakukan segalanya terhadap seseorang wanita itu, tetapi apabila anda menyatakan rasa cinta padanya, malah ditolak. Di situ anda sambil berseloroh dengan pelbagai perasaan sambil hati anda teriris-iris sakit.

Cinta ditolak ini sudah tentu bergantung dengan bagaiman cara anda memikat hati si dia. Adakah diterima atau ditolak cinta itu bergantung pada diri anda. Mari kita semak diri kita semula berikut ini untuk memperbaiki kekurangan diri, di waktu lain mungkin anda lebih bernasib baik.

Kurang keyakinan diri

Maksudnya di sini bukanlah diri anda mahu memenangi hati yang tiada keyakinan diri tetapi si gadis itu sendiri. Kurang keyakinan diri selalunya dari segi rupa dan penampilan, ini memungkinkan si dia ingatkan anda sengaja mengejek atau hendak permainkan hatinya.

Ayat berlebihan

Mahu memenangi hati seorang perempuan kena dengan cara yang betul. Perempuan paling anti dengan lelaki yang suka mengayat berlebihan sewaktu baru mula-mula berkenalan. Ini membuatkan seseorang wanita semakin rasa takut.

Ayat 1:

“Hai awak..awak comel sangat..tak pernah jumpa perempuan secomel awak..awak buat saya termimpi-mimpi..nak wassap awak please3..saya single dan saya teringin sangat nak kapel ngan awak.. tolong sangat jangan hampakan permintaan saya ..”.

Ayat 2:

“Asalammualaikum nama sy ***** ingin berkenalan bersama saudari disana ada nombor pon tak?…just sy ingin berkawan dulu aje dan sy skrg tgh berbujang..plssss..help me cik saudari “..

Pengalaman lepas

Salah satu sebab kenapa perempuan tak layan lelaki adalah disebabkan pengalaman bercinta sebelum ini yang pernah dikecewakan. Apabila dah kecewa, ini membuatkan dia trauma mahu menerima lelaki dan takut kejadian yang sama berulang lagi.

Tak cukup syarat

Memilih! Satu lagi sebab kenapa anda tak diterima olehnya. Anda tak menepati kriteria-kriteria jejaka idaman si gadis contohnya terlalu hensem. Si dia pula lebih sukakan lelaki yang sederhana dari segi penampilan dan paras rupa kerana takutkan wanita-wanita cantik lain diluar sana terkejarkan anda. Bila berpasangan dengan orang hensem, hari-hari makan hati cemburu buta.

Setia

Berkemungkinan disebabkan hati si dia sudah berpunya dan setia kepada pasangannya. Janganlah cepat sangat membuat konklusi ya. Memang tak dinafikan wanita sombong itu wujud, tetapi bukanlah semua.

The post Sebab Cinta Lelaki Ditolak Oleh Si Dia appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...