Sesetengah wanita berdepan dengan masalah ‘misai’ halus pada wajah. Ini membuatkan wanita tersebut rasa jengkel, malu atau malah lagi teruk hingga hilang keyakinan diri.
Ini disebabkan oleh hormon, yang menyebabkan ada bulu halus di atas bibir yang nampak ketara seperti misai. Bagaimana nak hilangkan bulu halus ini? Berikut perkongsian aliffchannel.com khas buat anda.
Hilangkan ‘misai’ halus pada wajah perempuan
Serbuk Kunyit
Ambil dua camca teh serbuk kunyit dan dua camca teh susu segar. Campur kan keduanya hingga jadi pes. Kemudian sapu di bahagian atas bibir. Bila dah kering, bilas dengan air bersih. Tapi kena ingat tau kunyit kalau kat tangan pun melekat apatah lagi atas bibir. Jadi, hati-hati okay.
Tepung Kosong
Kali ni sama macam cara nombor 1. Cuma guna tepung biasa dan susu. Bancuh dan sapu atas bibir tu. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering di kawasan tersebut.
Gula + Lemon
Cara ni bukan sahaja boleh hilangkan bulu halus atas bibir, tapi juga boleh mencerahkan kulit. Pertama sekali panaskan gula dalam kuali kemudian masukkan jus lemon supaya air jadi likat.
Sapukan campuran di kawasan atas bibir. Biarkan beberapa ketika sebelum menekannya dengan kain yang bersih.
Urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat sambil kain tersebut ditarik ke arah bulu-bulu halus itu tumbuh (untuk menarik keluar bulu dari akarnya).
Putih Telur
Ambil je telur kat dalam fridge tu campur putih telur dengan tepung jagung dan gula. Sapukan pes tersebut di kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 30 minit sebelum anda mengupas dan menariknya.
Skrub Madu & Aprikot
Cara ini boleh menghakis sel kulit mati yang ada pada permukaan kulit di damping buat muka anda bersih dan halus. Campurkan buah aprikot kering bersama madu. Sapukan campuran di seluruh wajah anda dan tunggu sehingga 15 minit.Buat gerakan membulat pada bahagian bulu dengan lembut. Dah selesai bilas dengan air suam. Siap!
Sumber: Petuaibu.com
The post Cara Mudah Hilangkan Misai Perempuan appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment