loading...

Tuesday, 8 May 2018

5 Kelebihan Jatuh Cinta Buat Kesihatan

Jatuh cinta membuatkan hati rasa berbunga. Kadang-kadang tersenyum sendiri dan rasa bahagia sepanjang hari. Walaupun juga kita akan rasa sedih dan terluka. Jatuh cinta boleh memberikan banyak kelebihan dan kesan positif untuk kesihatan kita.

Ketika jatuh cinta, ada banyak kelebihan buat kesihatan yang kita perolehi. Oleh itu, janganlah kecewa. Jika anda terluka atau sakit kerana cinta, Mari kita lihat berikut ini beberapa kesan baik buat kesihatan apabila anda jatuh cinta seperti mengolah dari laman thehealthsite.com.

Mengatasi kemurungan

Ketika jatuh cinta, tubuh akan menghasilkan hormon endorfin yang membuat rasa kebahagiaan. Ini juga boleh membantu menghilangkan perasaan kesusahan atau kemurungan. Stres juga boleh hilang. Sekiranya anda tidak rasa semangat, cubalah kembali jatuh cinta.

Kulit lebih cerah

Menurut kajian, ketika cinta tubuh akan menghasilkan banyak hormon endorphin yang juga menurunkan hormon stres yang disebut kortisol. Satu kesan kortisol boleh mencegah penampilan jerawat dan menjadikan wajah kelihatan lebih cerah.

Meningkatkan imuniti

Menurut laporan Health and Human Services Department di Amerika Syarikat, pasangan yang jatuh cinta akan lebih sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Ini boleh berlaku kerana pasangan dapat menyokong dan menggalakkan satu sama lain untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan rutin senaman bersama.

Menurunkan tekanan darah

Dalam kajian yang diterbitkan dalam Annals of Behavioral Medicine, pasangan dalam perkahwinan yang bahagia mempunyai tekanan darah yang lebih rendah daripada individu yang masih membujang. Rasa kebahagiaan ketika jatuh cinta dapat menjaga tekanan darah stabil.

Mempercepatkan Pemulihan

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam Archives of General Psychiatry, saintis mendapati bahawa luka sembuh lebih cepat pada pasangan yang mempunyai hubungan yang stabil dan saling mencintai. Pasangan yang mempunyai hubungan yang buruk, luka mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Ini boleh disebabkan oleh cytokine yang dihasilkan seseorang semasa sedih atau rasa kesepian. Sekiranya seseorang itu dicintai dan gembira, kandungan cytokinenya lebih rendah dan dapat mempercepatkan proses pemulihan atau penyembuhan luka.

Anda sudah memahami bahawa jatuh cinta dapat memberikan kesan positif untuk kesihatan. Jangan asyik berduka lara, sudah tiba masanya untuk anda berani membuka lembaran baru menerima cinta baru.

The post 5 Kelebihan Jatuh Cinta Buat Kesihatan appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...