Pada penghujung tahun hadapan, ringgit dijangka mencapai paras tertinggi RM3.20 sebelum menguat secara beransur-ansur dalam tempoh dua tahun, menurut Malayan Banking Berhad (Maybank).
Maybank adalah bank pelaburan pertama yang mengkaji semula sasaran kenaikan Ringgit pada tahun ini selepas kerajaan baru berikrar untuk memperbaiki kerajaan dan ekonomi Malaysia
Memetik Bloomberg, penganalisis Maybank Saktiandi Supaat berkata Ringgit dijangka akan meningkat ke paras RM3.20 berbanding US dollar pada penghujung tahun 2019.
Manakala sasaran nilai Ringgit bagi penghujung tahun 2020 dan 2021 masing-masing adalah RM3.00 dan RM2.80. Nilai ini jauh lebih tinggi daripada unjuran Maybank sebelum ini yang menjangkakan nilai RM3.50 bagi tahun 2020 dan 2021.
Namun, Saktiandi tidak menafikan pergerakan Ringgit yang volatile (turun-naik) dengan para pelabur ketika ini sedang menunggu janji 100-hari kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.
Untuk pengetahuan anda, Ringgit masih mengekalkan posisinya sebagai matawang terkuat di Asia dengan peningkatan 9.40% dalam tempoh 12 bulan terakhir.
Ringgit kini menyusut berbanding US dollar sejak Selasa dengan USD/MYR kini berada di sekitar RM3.9643. Ringgit bermula lemah pada Isnin di mana telah mencapai paras terendah RM3.9875 sebelum menguat semula dan ditutup pada paras RM3.9505 berbanding US dollar.
The post Ringgit Dibawah Kerajaan Baru Dijangka Capai Paras Tertinggi RM2.80 appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment