Teh mempunyai kelebihan kecantikan dari dalam. Bertuah buat anda yang suka minum teh setiap hari secara rutin.
Memetik dari laman GoodHouseKeeping, 06/05/2018, minum teh secara berkala dapat menyuburkan badan untuk memancarkan kecantikan dari luar dan dalam. Berikut adalah ulasan;
Awet muda
Kelebihan teh sangat istimewa sehingga melambatkan penuaan. Daun teh mengandungi polifenol dalam dos antioksidan besar yang merupakan sebatian ajaib. Kompaun ini boleh membuat anda kelihatan lebih muda dan menghalang penuaan. Dengan minum teh setiap hari ini boleh membuat anda muda dari dalam.
Gigi sihat
Mengikut kajian Journal of Periodontology tahun 2009, teh hijau membantu meningkatkan kesihatan gigi dan gusi kerana kandungan antioksidannya. Sama ada teh hijau dan hitam, kedua-duanya boleh melindungi hakisan gigi oleh minuman bergas dan sebatian berbahaya yang lain.
Daya ingatan kuat
Minum secawan teh boleh meningkatkan daya ingatan seperti yang dibuktikan melalui penyelidikan baru-baru ini di National University of Singapura. Para saintis mendapati bahawa minum teh mengurangkan risiko penurunan ingatan dan fungsi otak pada orang tua sebanyak 50% dan sebanyak 86%.
Menenangkan minda
Menurut kajian kecil yang dijalankan oleh American Chemical Society, minuman herba seperti teh dapat membantu melegakan penyakit. Terutama penyakit yang disebabkan oleh kerja otak yang menimbulkan stres. Minum teh boleh menenangkan minda dan membuat penyakit jauh dari tubuh badan anda.
The post Cantik Luar & Dalam Dengan Minum Teh Setiap hari appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment