Satu syarikat di British, Naturist Cleaners ketika ini sedang membuka peluang untuk wanita yang sanggup membersihkan rumah tanpa memakai sehelai benang di tubuh kecuali sarung tangan dan sandal.
Syarikat yang terkenal itu membuka peluang kepada semua golongan wanita dari semua peringkat umur dan saiz. Bayaran gaji ini bersamaan dengan RM215 sejam.
“Kami sedang mencari pembersih wanita untuk membersihkan rumah dalam keadaan telanjang,” kata seorang dari syarikat itu, seperti memetik laman Oddity Central.
“Pekerjaan termasuk segala benda yang perlu dibersihkan, dari habuk, merapikan perabot, membuang debu, menyiram tumbuhan, membersihkan katil, menggunakan mesin basuh, seterika, dan membersihkan tingkap.”
Pekerjaan ini adalah pembersihan biasa di rumah tetapi tanpa memakai pakaian.
Para pelanggan akan dikenakan bayaran RM244 sejam dan untuk jam berikutnya hanya RM215 sejam.
Bukan itu sahaja, para pelanggan juga harus bersetuju dengan peraturan ‘tidak menyentuh’ dan tidak mengambil gambar atau merakam video janitor yang bekerja.
Syarikat Naturist Cleaners diasaskan di London 2-5 tahun yang lalu dan kini mengembangkan sayap perniagaannya di seluruh UK.
“Kami mendapat sambutan yang baik di Swansea dan South Wales,” kata seorang jurucakap syarikat kepada The Sun.
“Ramai orang yang berminat dalam pekerjaan ini kerana bayarannya cukup menguntungkan. Jam kerja mereka bergantung kepada permintaan pelanggan dan berapa banyak yang mereka dapat.”
Syarikat sedang mencari pekerja wanita kerana kebanyakan pelanggan mereka adalah lelaki. Adakah anda berminat?
The post Syarikat Ini Sedang Mencari Wanita Yang Mahu Berbogel Untuk Tugas Membersihkan Rumah appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment