Selepas malam yang hangat bersama pasangan, ada beberapa perkara yang perlu wanita harus ingat. Kebiasaan ini akan menjadi baik untuk diri anda pada masa akan datang.
Sebagai contoh, buang air kecil dan mencuci Miss V. Tetapi, ada juga satu perkara yang tidak perlu dilakukan, iaitu memakai seluar.
Tujuan tidak memakai seluar selepas bercinta bukanlah bermaksud untuk ke pusingan kedua lebih mudah tetapi sebab-sebab saintifik.
Memetik laman Health, Sara Twogood, MD, pembantu profesor obstetrik dan ginekologi di University of Southern California, Keck School of Medicine, berkongsi perkara yang harus anda lakukan sebelum tidur setelah bercinta:
Ke tandas
Walaupun pundi kencing anda tidak penuh, tetaplah buang air kencing. Aliran air kencing akan membantu menghilangkan bakteria dari uretra, saluran pendek yang menyembur air kencing dari badan, jelas Dr. Twogood.
Infeksi saluran kencing berlaku apabila bakteria di dalam vagina ditolak ke uretra semasa aktiviti keintiman.
Keringkan Miss V
Keintiman sepatutnya basah dan kemas. Semua cecair yang keluar akan membuat Miss V anda lembab dan basah.
Walau bagaimanapun, pastikan anda mencuci kawasan kewanitaan ini, kemudian keringkan sehingga kering dengan menggunakan tuala atau tisu. Bakteria dan kulat suka keadaan yang lembap, dan Miss V tidak kering sepenuhnya akan membawa kepada risiko jangkitan kulat, terang Dr. Twogood.
Pastikan anda tidak menggunakan sabun wangi. Jika tiada pencuci khas, pilih sabun bayi atau, cuci dengan air sahaja selepas berhubungan intim.
Tanpa pakaian dalam
Sekiranya anda tidak mahu tidur telanjang, gunakan baju tidur atau seluar panjang yang longgar. Elakkan menggunakan seluar dalam, apatah lagi ketat, sehingga pagi. Ini boleh mencetuskan jangkitan.
“Jangan memakai seluar dalam,” Twogood memberi amaran. Bebas dari seluar dalam membantu membebaskan organ kemaluan menjadikannya bernafas. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan kulat dan keadaan gatal yang lain.
Perhatikan Miss V
Jika organ kewanitaan anda rasa pelik, beri perhatian khusus. Tidak perlu menggunakan lampu suluh, dan memeriksanya sendiri, dengarkan keadaan badan anda setelah bercinta.
Lihat apa-apa yang tidak selesa, gatal-gatal, sakit, atau pendarahan. Sekiranya ini berlaku, segera hubungi pakar obstetrik anda untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.
The post Wanita, Jangan Pakai Seluar Selepas Bercinta appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment