loading...

Tuesday, 17 July 2018

5 Cara Mudah Untuk Mengusir Tikus Dari Rumah

Tikus merupakan haiwan perosak yang sangat tidak disukai oleh kita. Haiwan ini banyak melakukan kerosakkan dan boleh memberi banyak penyakit yang berbahaya kepada manusia seperti kencing tikus (leptospirosis).

Ada juga yang menggunakan racun tikus bagi membunuh haiwan ini, namun kadang-kadang cara ini tidak berkesan. Malah kalau tidak di basmi, haiwan ini boleh membiak dengan banyak sekali.

Disini ada 5 cara yang mudah yang membolehkan anda untuk mengusir haiwan perosak ini. Dengan cara mengusirnya, sudah tentu haiwan ini tidak mahu untuk menetap lama di rumah anda.

Pokok Daun Semalu

Tahukah anda, dengan menanam pokok daun semalu ini boleh mengusir tikus di kawasan rumah anda? Ya, memang benar kerana tikus  sangat takut pada tumbuhan ini kerana durinya yang tajam.

Jadi, untuk mengusir tikus dari rumah anda, cukup dengan menanam pokok daun semalu ini di tepi rumah atau sekeliling rumah yang selalu didatangi oleh tikus.

Sisa Teh Uncang

Bagi anda yang meminati minuman teh uncang, sisa teh uncang janganlah dibuang kerana sisa teh uncang ini boleh mengusir tikus.

Gunakan teh uncang yang sudah digunakan dan gantungkan di tempat yang selalu dilalui oleh tikus tersebut. Bau teh uncang tersebut sangat tidak disukai oleh tikus. Dengan bau itu, nescaya tikus tidak akan kembali di tempat itu.

Manfaat lain yang dapat diperolehi dari sisa teh uncang ialah ianya juga mampu mengusir labah-labah. Sangat bagus bukan?

Kaedah Cuka

Cuka selalunya digunakan untuk memasak namun cuka juga dapat berfungsi bagi mengusir tikus-tikus ini.  Dengan aroma cuka yang sangat menyengat, ia boleh membuatkan deria hidu tikus sangat terganggu.

Jadi, pasti tikus tidak akan sanggup lagi untuk tinggal di rumah anda. Titiskan cuka ditempat yang selalu dilalui tikus atau letakkan di dalam bekas kecil. Dengan menggunakan cara ini, anda harus melakukannya dengan kerap sehingga tikus tidak lagi kelihatan di kawasan itu.

Bawang Merah Bukan Saja Membuatkan Mata Manusia Berair, Tikus Juga

Di dapur rumah anda pasti ada bawang merah. Mudahkan? Dengan menggunakan bahan masakkan pun boleh mengusir tikus-tikus nakal ini.

Bawang merah yang mempunyai kandungan yang bernama flavonoid dan fenol itu bukan hanya membuat manusia menangis, tapi tikus juga akan ikut terharu gara-gara dua senyawa tersebut.

Cara penggunaannya pun juga cukup mudah, kupas dan potong menjadi kecil-kecil dan tempatkan hirisan bawang tersebut di kawasan tikus selalu beroperasi.

Daun Salam Juga Berguna Halau Tikus Dari Rumah

Daun salam (atau juga dipanggil daun samak) sekarang bukan saja digunakan sebagai penyedap rasa makanan, tapi boleh juga digunakan untuk membasmi haiwan perosak tersebut.

Sememangnya ekstrak etanol yang terdapat pada daun salam ini sangat tidak disukai oleh tikus kerana baunya yang menyengat deria hidu haiwan ini.

Untuk menggunakannya hanya cukup taburkan daun salam ke tempat yang sekiranya dilalui oleh tikus. Tetapi, mestilah diletakkan dengan kuantiti yang agak banyak supaya tikus ini betul-betul lari dari kawasan rumah anda.

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda. Dengan cara yang mudah dan murah, sudah boleh mengusir tikus tanpa menggunakan racun yang membahayakan.

Sumber: boombastis.com

The post 5 Cara Mudah Untuk Mengusir Tikus Dari Rumah appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...