loading...

Thursday, 12 July 2018

Sarapan Coklat Waktu Pagi Bagus Untuk Otak

Sarapan dengan bahan yang berunsurkan coklat sangat bagus untuk kesihatan otak. Ia bagi meransang minda kita di waktu pagi. Ini seperti sarapan dengan bijiran kokocrunch dan milo yang pada asalnya adalah daripada coklat.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Syracuse, para penyelidik mendapati bahawa pengambilan coklat pada waktu pagi memberikan impak positif selain membantu meningkatkan daya otak.

Satu lagi kajian oleh Harvard Medical School dan hospital Brigham, mendapati bahawa mereka yang berumur antara 67 hingga 77 mengalami gangguan aliran darah ke otak mereka, tetapi apabila diberi minuman koko panas dua kali sehari selama 30 hari. Kesannya kepada mereka adalah peningkatan 30% dalam ingatan dan keupayaan berfikir sebanyak 8.3% peningkatan aliran darah ke otak.

1. Coklat sebelum exam

Profesor David Kennedy dari Universiti Northumbria telah memberikan sebatian coklat melalui koko panas kepada 30 dari 50 orang sukarelawan. Para sukarelawan kemudian diarahkan untuk mengira secara terbalik bermula pada nombor rawak antara 800 dan 999. Hasilnya, sukarelawan yang diberi minuman perisa coklat mengira dengan lebih cepat dan tepat.

2. Coklat sebelum tidur

Coklat juga membantu anda tidur dengan lebih baik. Pakar sains mendapati sumber serotonin dalam coklat membantu melegakan minda dan badan. Anda boleh bermula untuk mengamalkan minum coklat panas sebelum tidur.

3. Cokat ketika sedih

Jika anda dalam keadaan sedih, coklat gelap (dark chocolate) membantu menggalakkan pengeluaran endorfin. Oleh itu, ia akan memberikan anda ketenangan dan mempengaruhi perasaan bahagia.

Dalam masa yang sama, elakkan makan coklat secara berlebihan bagi mengekalkan keseimbangan dalam makanan seterusnya mampu menjadi diet yang sihat.

Sumber: Siakapkeli

The post Sarapan Coklat Waktu Pagi Bagus Untuk Otak appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...