loading...

Saturday, 7 July 2018

Rekabentuk Motosikal Paling Pelik Di Dunia

Motosikal merupakan kenderaan yang mudah digunakan setelah kenderaan berkuda tidak diguna pakai lagi. Banyak pencipta motosikal mempamerkan rekabentuk yang pelbagai demi untuk keselesaan masa depan.

Namun, lain pula dengan pereka bentuk motosikal ini. Mereka mengayakan motosikal dengan rekabentuk yang pelik malah tidak terfikir oleh orang lain pun. Mari kita lihat foto motosikal yang unik ini.

1. Motosikal Bertayar Satu

Motosikal bertayar satu. Nampaknya seorang sahaja boleh muat dalam kenderaan ini. Tetapi seperti agak payah untuk mengendalinya bukan? Kemungkinan anda akan berguling kedepan juga boleh terjadi.

2. Enjin 7 Silinder

Kalau menaiki motosikal ini, sepantas manakah ia boleh pergi? Cuba anda bayangkan dengan 7 silinder, sememangnya mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

3. Motosikal Majestik

Dengan rangka yang aneh sekali, nampaknya ia seperti motosikal dari anime Final Fantasy tetapi ia nampak tidak sama. Apa yang boleh dikatakan, bagaimana ia hendak membelok?

4. Motosikal Berkepala Dua

Motosikal ini seperti motosikal beroda empat yang sering kita gunakan dalam merentas desa, tapi ianya agak klasik dengan tayar hadapan yang kecil. Sememangnya ianya khas untuk pameran sahaja.

5. Motosikal Tengkorak

Jika anda peminat cerita “Ghost Rider”, motosikal ini mungkin sangat sesuai untuk model terbaru Ghost Rider dengan kepala tengkorak di hadapan. Kalau keluar malam, memang agak menakutkan kanak-kanak.

6. Motosikal bertayar mountainbike?

Entahlah, kenapa ia meletakkan tayar mountainbike disitu. Mungkin untuk meringankan lagi jasad moto itu, seterusnya mampu mengecapi kelajuan yang menakjubkan? Mana tahu kan?

7. Motosport Bertayar Segi Tiga

Hal ini memang diluar dugaan. Kenapa diciptakan tayar segi tiga sedangkan yang bulat lebih menyenangkan? Mungkin pereka ini agak keliru dengan hukum fizik yang pernah dia pelajari. Tapi ianya betul2 boleh berfungsi. Ajaib kan?

8. Motosikal Kasut Tumit Tinggi

Bagi wanita, kasut tumit tinggi merupakan sesuatu benda kegemaran mereka apabila mereka hendak pergi shopping. Jadi, mungkin kerana terlalu obses dengan kasut tumit tinggi, maka terhasillah motosikal ini. Mungkin untuk mengangkut banyak lagi kasut tumit tinggi? Atau untuk mengelirukan orang bahawa kasutnya mampu berubah menjadi motosikal?

9. Motosikal Terpanjang

Rekaan motosikal terpanjang merupakan titik permulaan sebelum bas diperkenalkan. Rasa-rasanya lah. Dengan tempat duduk yang banyak, maka motosikal ini boleh membawa banyak penumpang untuk keluar beramai-ramai. Tentu rumit sekali jika hendak membelok.

10. Motosikal Flintstones

Wujudnya motosikal ini pada zaman batu namun tiada enjin, boleh ketegori sebagai apa ni? Entah lah! Anda sendiri boleh komen.

 

 

The post Rekabentuk Motosikal Paling Pelik Di Dunia appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...