loading...

Monday, 9 July 2018

Cara Untuk Mengetahui Seseorang Itu Berbohong Dengan Kaedah Nasi

Selain daripada mesin poligraf yang digunakan untuk mengesan pembohongan yang dilakukan oleh penjenayah atau suspek, ada satu cara tradisional yang pernah ada bagi mengesan seseorang itu berbohong atau tidak. Iaitu dengan mengunakan kaedah nasi. Bagaimana sekepal nasi boleh memberitahu kita tentang kebohongan atau kebenaran? Mari baca selanjutnya.

Menurut laman DarkofMystery, pada zaman tamadun China purba, seorang suspek yang disabitkan sesuatu tuduhan perlu melalui ujian dengan menggunakan sekepal nasi yang disumbat ke dalam mulutnya. Kemudian, suspek itu akan diasak dengan pelbagai soalan sekitar tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Selepas semua soalan diajukan, suspek itu diminta mengeluarkan semula kepalan nasi tadi. Seandainya nasi yang dikeluarkan dari mulutnya itu kering, dia akan didapati bersalah. Sebaliknya jika nasi tersebut masih kekal basah, suspek tersebut dianggap tidak bersalah dan seterusnya dibebaskan.

Masyarakat China pada zaman tersebut percaya, jika seseorang itu melalui ujian berkenaan dan diasak dengan unsur-unsur provokasi, tubuh mereka akan memberikan dua respons yang berbeza, iaitu normal dan tidak normal.

Dalam konteks ujian tadi, nasi dipercayai menjadi kering akibat bertindak balas dengan emosi tidak normal suspek yang diburu oleh perasaan takut, gementar, terkejut, malu dan sebagainya. Perubahan atau tindak balas tidak normal inilah yang dipercayai menyebabkan tubuh suspek menjadi panas hingga mengakibatkan kepalan nasi yang dimasukkan ke dalam mulutnya menjadi kering.

Ini menunjukkan sejak zaman dahulu lagi manusia percaya bahawa pembohongan akan membuatkan tubuh seseorang mengalami perubahan serta kekacauan emosi. Emosi ini boleh berupa rasa khuatir, malu, ghairah atau emosi lain bergantung pada pembohongan yang dilakukan.

Konsep ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk teknologi seawal tahun 1885 lagi oleh Cesare Lambroso. Ketika itu, beliau mencipta sejenis alat yang mampu mengukur perubahan kadar tekanan darah. Alat tersebut kemudiannya dimajukan oleh Vittoro Benussi 20 tahun selepas itu dengan mengukur kadar pernafasan.

Dapat dilihat dengan jelas didalam surah Al-Alaq melalui firman Allah yang bermaksud,

“Jangan sekali-kali berlaku derhaka. Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti dari perbuatannya yang buruk itu, nescaya kami akan menyentap ubun-ubunnya, yakni ubun -ubun orang yang mendustakan lagi derhaka,”. (SurahAl-Alaq:15-16).

Selepas ini, bolehlah kita cuba dengan kaedah ini untuk mengetahui seseorang itu berbohong ataupun tidak tanpa menggunakan mesin canggih seperti poligraf.

 

The post Cara Untuk Mengetahui Seseorang Itu Berbohong Dengan Kaedah Nasi appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...