Pil perancang merupakan salah satu alternatif wanita untuk mencegah kehamilan. Mencegah kehamilan merupakan perancangan keluarga yang perlu dilakukan oleh sesebuah keluarga bagi mengelakkan kehamilan yang berterusan bagi mendapatkan ruang untuk si ibu dalam memberi perhatian untuk anak secara berperingkat.
Banyak alasan seseorang melakukan tindakan mencegah kehamilan, antaranya disebabkan faktor yang belum bersedia menyambung keturunan dan juga keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.
Ada juga pasangan yang baru berkahwin, ini tempoh masa bersama berdua lebih lama sedikit. Bagi mereka yang bersalin secara pembedahan juga perlukan masa untuk merawat luka dalaman jadi pencegahan kehamilan perlu di lakukan.
Pengantungan terhadap pil pencegah kehamilan akan menjejaskan hormon wanita dan ada yang mengalami masalah monopouse di awal usia.
Disini ada cara mencegah kehamilan menggunakan petua tradisional yang selamat. Terdapat ramuan tradisional yang diamalkan oleh sesetengah wanita sebagai petua tradisional bagi mengelakkan hamil. Ramuan ini menggunakan bahan yang mudah didapati, iaitu:
Bahan-Bahan:
Lengkuas sebesar ibu jari
10 biji lada hitam
1/4 keping ragi
Air perahan limau nipis
Cara Penyediaan:
Bahan-bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan di dalam air suam dan diminum. Ia dikatakan elok diminum selepas tamat haid untuk mengelakkan kehamilan. Ia juga dikatakkan elok diminum sebelum tidur. Minum sebulan sekali.
Walaubagaimanapun, wanita yang hamil harus mengelak dari minum ramuan tradisional ini kerana risiko keguguran. Hanya boleh diminum jika anda betul-betul yakin belum ada kandungan di dalam rahim.
Selamat mencuba!
Sumber: Petuaibu
The post Cara Tradisional Mencegah Kehamilan Jika Anda Takut Kesan Sampingan Pil Perancang appeared first on Aliff Channel.
0 comments:
Post a Comment