loading...

Sunday, 8 July 2018

Pipi Terpaksa Dikorek Kerana Jangkitan Kuman Sebab Laga-laga Pipi Di Hari Raya

Kulit wajah yang bersih dan bebas dari cela adalah idaman setiap insan  tidak kira lelaki mahupun perempuan, tua mahupun muda. Namun, cuba bayangkan jika wajah anda terpaksa dibelah dan dijahit disebabkan oleh jangkitan kuman?

Memetik perkongsian Hidayah Saari di facebook mengenai satu insiden yang berlaku kepada dirinya sendiri. Pipi kanannya terpaksa ‘ditoreh’ sebelum dijahit oleh doktor bagi mengeluarkan nanah dan ketulan yang membengkak pada pipi.

Hidayah inginkan orang ramai menjadikan kejadian yang berlaku kepadanya menjadi satu pengajaran dan mengingatkan agar ‘jangan suka sangat laga pipi dengan orang lain’.

Menerusi perkongsiannya, Hidayah menceritakan bahawa dia mulai perasan akan kewujudan ‘biji’ kecil pada pipi kanannya semasa sambutan Aidilfitri yang ketiga. Namun pada ketika itu, Hidayah menyangka ianya sekadar jerawat lalu memutuskan untuk mengabaikannya.

Biji tersebut terus membesar dari hari ke hari sehingga membuatkan Hidayah tidak mampu menanggung kesakitan.

“Tak tahan sangat sebab berdenyut-denyut. Picit sendiri tak pecah-pecah sebab tiada mata.”

Pada raya kelapan, Hidayah nekad untuk menjalankan pemeriksaan di klinik pakar kulit. Sebaik sahaja menemui doktor, Hidayah dimarahi kerana bertindak terlalu lambat. Menurut doktor yang merawatnya, ketulan pada pipi tersebut sudah mengeras dan menjadi nanah!

“Dia (doktor) kata bukan bisul, bukan juga jerawat tetapi jangkitan kuman. Dia periksa muka ini. Dia kata tiada bekas jerawat baru. Kadang jadi begini sebab kita picit jerawat kemudian jari yang kotor itu pegang pipi yang tiada jerawat.”

“Doktor kata mungkin seronok sangat laga pipi masa raya. Kita tidak tahu orang yang kita laga pipi itu baru lepas picit jerawat ke, ada jerawat nanah ke.”

Tanpa membuang masa, doktor terus memutuskan untuk membelah pipi Hidayah dan mengorek segala isi nanah yang tertanam pada pipinya itu. Keesokan harinya, Hidayah kembali semula ke klinik dengan pipinya yang berlubang.

Jelas doktor, kulit pipi yang dibelah itu tidak boleh bercantum sendiri kerana dalamnya sudah kosong, doktor terpaksa menjahit pipi Hidayah sebanyak empat jahitan!

Kejadian yang berlaku kepada Hidayah ini haruslah dijadikan peringatan buat kita semua. Walaupun segalanya telah beransur pulih (cuma tinggal kesan parut).

Hidayah mengingatkan para pembaca agar sentiasa menjaga kebersihan wajah dan elakkan memegang wajah dengan tangan yang kotor.

Sumber: Facebook/Hidayah Saari

The post Pipi Terpaksa Dikorek Kerana Jangkitan Kuman Sebab Laga-laga Pipi Di Hari Raya appeared first on Aliff Channel.

0 comments:

Post a Comment

loading...