loading...

Wednesday, 4 January 2023

Najis Bayi Sampai Campur Darah! Doktor Ini Bagi Tips Jika Anak Terkena Ruam Lampin

Bila bayi mengalami masalah ruam lampin, mungkin ada sesetengah ibu bapa memandang ringan. Kononnya ruam tersebut akan pulih dengan sendiri.

Lebih teruk lagi bila si ibu dan ayah tidak sedar celah punggung si kecil melecet dengan teruk sampai najis yang keluar bercampur dengan darah.

Menurut ciapan twitter dari salah seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr. Redza Zainol, masalah ruam lampin boleh terjadi satu per tiga golongan kanak-kanak.

Dengan melihat masalah ini dengan matanya sendiri, beliau mengambil langkah dengan berkongsi tips jika si kecil mengalami masalah ruam lampin.

1. Tanggalkan lampin

ruam lampin

2. Cuci & sapu krim pelindung

ruam lampin pada bayi (2)

3. Elakkan guna bedak talkum

ruam lampin pada bayi (2)

4. Elakkan guna tisu lembab

ruam lampin pada bayi (2)

Natijahnya, semua ibu bapa perlu sentiasa melihat keadaan punggung si kecil setiap kali menukar lampin.

Jika lihat terdapat sedikit tompokan ruam pada bahagian celah kelengkang atau kemaluan bayi, jangan abaikan.

Dan jika keadaan masih melarat selepas mengikut langkah di atas, dinasihatkan berjumpa dengan doktor kerana gusar ruam tersebut dijangkiti kuman.

“Confirm Syurga Ke Ni?” – Umrah Bersama Neelofa Cecah RM35k

Siapa tak kenal dengan usahawan terkenal, Neelofa yang mempunyai banyak jenis perniagaan selepas bersara dalam dunia hiburan.

Bukan itu saja, pengasas jenama Naelofar itu juga membuka satu pertubuhan kasih di bawah namanya bagi membantu golongan yang kesusahan.

Terbaru, Neelofa dan suaminya Haris, membuka peluang untuk ke umrah bersama mereka pada bulan Februari hingga Mac ini.

Apa yang menjadi isu dalam kalangan netizen di media sosial adalah harga yang ditawarkan yang mencecah sehingga RM35,000.

Ada yang mengatakan harga yang ditawarkan tidak masuk akal kerana harganya sama seperti melakukan ibadah haji.

“Confirm syurga ke ni?”

Tapi ada je pakej umrah yang lebih murah dari RM35k iaitu RM15k.

Pilihlah yang mengikut kemampuan anda, elakkan pergi hanya untuk tontonan media sosial.

Tuesday, 3 January 2023

Tragedi Hitam! 2 Beradik Rentung Dalam Rumah Berkunci

Satu insiden kebakaran berlaku di Jalan Dewan Simpang Tiga, kampung tanggut, Gombak telah meragut nyawa dua kanak-kanak berusia 10 dan 7 tahun.

Kejadian ini berlaku ketika si ibu keluar bersama suami dikala anak-anak sudah tidur jam 3 pagi kerana mengidam ingin makan sesuatu pada lewat pagi.

Memetik laporan Metro, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.54 semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kanak-kanak yang ditemukan rentung itu Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 9 dan adik lelakinya berusia enam tahun Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan.

“Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah,” jelasnya.

Bagaimanapun menurut datuk mangsa, Lokman Marni, 53, mereka telah ingatkan ibu bapa mangsa untuk tidak kunci jeriji jika keluar kerana bimbang perkara sebegini berlaku.

“Saya sangat sedih apabila hilang dua cucu sekaligus. Tak sangka kegembiraan minggu lalu ketika menyambut hari jadi saya adalah kenangan terakhir bersama mereka,” ujarnya.

Difahamkan, ibu mangsa sedang mengandung dimana lagi sebulan saja lagi untuk melahirkan anak ke tiga mereka.

“Runtuhkan Kebahagiaan Keluarga? Tiada Maaf!” – Ibu Syamsul Yusof

Ramai sudah tahu pergolakan yang berlaku dalam rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Malah baru-baru ini dirinya tampil bersurara dalam menerusi hantaran berbentuk video di Instagram (IG).

Dalam video tersebut dia mengatakan akan berjanji menjawab segala persoalan mengenai kemelut rumah tangganya dan gosip tentang dirinya menikahi Ira Kazar.

Selepas dua hari posting tersebut dimuat naik, ibu kepada pengarah tersebut, Datin Patimah Ismail sekali lagi tampil memuat naik status menerusi IG Story miliknya.

Posting tersebut disertakan gambar swafoto dengan ayat yang berbunyi…

“Meruntohkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!”

Selepas posting tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar keluarga anaknya pada 2018 ketika majlis makan malam bersama keluarga sebagai throwback.

Apa pun berlaku di belakang media sosial, kami doakan agar pasangan ini kembali bahagia seperti dahulu.

Diingatkan juga wanita di luar sana, elakkan jadi pemusnah rumah tangga orang kerana itu perbuatan yang keji dan salah disisi undang-undang.

Wednesday, 28 December 2022

“Dah Penat Pikul Masalah” – Si Ibu Menangis Dengan Bawak 2 Orang Anak Malam-Malam

Setiap hubungan yang dibina pasti ada ujian yang perlu dihadapi. Jika hilang kewarasan, individu tersebut boleh bertindak diluar jangkaan.

Begitulah video viral menerusi akaun TikTok pengguna milik @linabaharin_ apabila mengatakan dia rasa terdetik hati ingin bantu pasangan ini.

Sewaktu kejadian, dia melihat seorang wanita sedang berjalan dengan sehelai sepinggang bersama dua orang anaknya pada waktu malam.

Dalam masa yang sama, seorang lelaki mengejar dengan memandu sebuah kereta selepas tiga beranak ini melintasi jalan dan menangis terduduk di bahu jalan.

Risau dengan keadaan tersebut, Lina meminta suaminya keluar melihat keadaan.

@linabaharin_

Kalau tak melibatkan dgn anak kecik, Allah mungkin tak gerakkan hati saya utk bantu akak. Tapi sebab saya nampak anak anak kecik akak bawa tu saya rasa saya kena tolong sbb saya pun ada anak kecik jugak 🥺#fyp

♬ original sound – hanaafi_saman – hanaafi saman

Lina turut mengatakan dirinya bukanlah berniat untuk masuk campur hal rumah tangga orang lain tapi apabila melihat keadaan ini, dia rasa bersimpati.

Dia juga percaya Allah sedang menggerakkan hatinya untuk membantu pasagan ini untuk menyelesaikan masalah mereka.

Akhirnya, wanita yang megusung dua orang anaknya setuju pulang bersama suaminya selepas diminta berbincang baik-baik.

@linabaharin_

Replying to @🇲🇾Puan_Paizah🇲🇾 PART 2 : Sy sedar, kalau Allah tak gerakkan hati saya mungkin saya taktau apa dah jadi dkt 3 beranak tu. So inilah instinct seorang isteri, seorang ibu kan bila nampak benda ni berlaku dpn mata sendiri. Bukan nak buat content semata mata dan buka aib dorang tapi I nk bagi awareness juga utk diri I sendiri dan utk semua supaya kita lebih peka dgn keadaan sekeliling. Kalau nak bantu orang pun kita kena bergantung pada keadaan juga. Risau takut ada yg scam ke apa tapi semua Allah gerakkan hati I dan my husb juga masa tu. Apapun, kita semua Ibu yg hebat kan? 🥺🥹 #fyp

♬ original sound – Ikmal Alif – Ikmal Alif

Tuesday, 27 December 2022

Jom Putihkan Ketiak Yang Hitam Dalam Masa 3 Bulan

Sudah tentu, setiap orang ingin terlihat cantik dan sempurna terutama wanita yang bakal bernikah.

mana tidaknya, malulah kalau malam pertama tok laki tengok ketiak hitam tapi muka bukan main lagi cantik.

Jangan risau, sebab salah seorang Doktor Kulit, Dr. Ingky telah berkongsi cara mengatasi masalah ini menerusi ciapan twitter.

Menurutnya, sama seperti mencerahkan kulit wajah dimana terdapat beberapa bahan aktif yang anda boleh pilih untuk sapu pada bahagian ketiak.

Bahan aktif ini berfungsi untuk mencerahkan bahagian tersebut dalam masa beberapa bulan. Antara bahan tersebut adalah…

1) Retinol

Retinol boleh membantu mempercepatkan proses pembuangan sel kulit mati dan penggantian dengan sel yang lebih baru.

Sel kulit mati merupakan salah satu penyebab utama kulit gelap dan kusam.

Jadi dengan menggunakan retinol untuk sapu pada bahagian ketiak, hasilnya boleh mencerahkan ketiak yang hitam.

Oleh itu, retinol merupakan salah satu cara yang efektif untuk putihkan ketiak yang hitam dengan cepat.

2) Vitamin C

Vitamin C dapat mengurangi penampilan bintik-bintik gelap dengan cara menyekat pengeluaran pigmen dalam kulit kita.

Anda mungkin dapat melihat hasilnya dalam masa 3 minggu sahaja!

Jadi, jangan ragu lagi, mulailah menggunakan vitamin C sebagai salah satu cara untuk memutihkan ketiak yang hitam dengan cepat.

3) Niacinamide 

Niacinamide dapat mengurangi hiperpigmentasi, termasuk tanda-tanda gelap, bintik-bintik penuaan, melasma, dan lain-lain.

Selain itu, niacinamide juga dapat membantu menenangkan kulit yang iritasi dan merawat kulit yang kering.

4) Serbuk Mutiara 

Serbuk mutiara dapat meningkatkan penghasilan kolagen kulit, membantu membaiki sel kulit yang rosak, dan mencerahkan tona kulit.

Tambah lagi, serbuk mutiara juga dapat membantu menghaluskan tekstur kulit dan mengurangi tanda-tanda penuaan.

Penyelesaian mudah, anda boleh gunakan produk Azemide Glow by SkynFyx yang mengandungi Azelaic Acid.

Azelaic Acid mungkin tidak begitu efektif dalam mencerahkan kulit ketiak yang hitam, tapi dapat membantu meningkatkan tekstur kulit yang kasar. 

Jadi, jika anda memiliki ketiak yang kasar disebabkan oleh dry shave, anda boleh gunakan Azelaic Acid untuk mengatasinya.

Pastikan untuk memakainya secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus.

Itulah beberapa bahan yang boleh putihkan ketiak hitam.

Ingatlah untuk sentiasa menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda dan menjaga kebersihan ketiak dengan teratur.

Elakkan pemakaian pakaian yang terlalu ketat yang boleh menyebabkan ketiak menjadi lebih hitam dan berminyak. 

Thursday, 22 December 2022

Bukan Menyanyi Di Pentas Je Tapi Tokti Menyanyi Juga Waktu Melapor Kaji Cuaca

Siapa tak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang boleh ‘tapau’ semua genre lagu walaupun tengah live di media sosial.

Tapi kali ini lain pula jadi apabila penyanyi milik lagu Purnama Merindu muncul di stesen TV1 untuk membuat laporan kaji cuaca sehingga menjadi bualan ramai.

Kemunculan istimewa sebagai pelapor kaji cuaca hasil kerjasama bersama pihak MET Malaysia, beliau menggalas tugas tersebut dengan penuh dedikasi.

Tidak hanya melaporkan tapi siap bernaynyi lagu Badarsila lagi, jom lihat video ringkas yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna twitter.

Bagi yang ingin melihat bagaimana cara Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti menyampaikan laporan cuaca, boleh tonton video di bawah.

Mungkin bahagian MET Malaysia mengambil pendekatan ini untuk menarik minat orang ramai supaya mengikuti perkembangan laporan kaji cuaca dengan lebih kerap selepas ini.

loading...