loading...

Saturday, 22 July 2023

9 Tempat Menarik Di Kinabatangan Sabah Untuk Dikunjungi

Jom kenali beberapa tempat menarik dan popular di Kinabatangan! Terletak di pantai timur Sabah dan mempunyai sungai kedua terpanjang di Malaysia, iaitu Sungai Kinabatangan dengan panjang 560 kilometer. 

Daerah Kinabatangan bersebelahan daerah Sandakan dan daerah Lahad Datu. Jika anda merancang percutian di Sabah, pastikan untuk melawat tempat menarik di Kinabatangan. 

Sambil menikmati keindahan alam, anda boleh menginap di homestay Kinabatangan untuk merasai kehidupan kampung yang sebenar. 

Jangan lupa melawat gua-gua menarik di Sabah dan menjelajahi tempat-tempat menarik di Sandakan yang terkenal dengan keindahan semula jadinya.

Jadi, jangan tunggu lagi! Kunjungi tempat menarik Kinabatangan sekarang, terutama untuk mereka yang menetap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 9 Tempat Menarik Di Kinabatangan Sabah

Bilit Adventure Lodge

Penginapan tepi Sungai Kinabatangan

Alamat: Bilit Adventure Lodge, Kampung Bilit, Kinabatangan River Sabah, 90000

Hubungi: 089271077

Bilit Adventure Lodge menawarkan 12 chalet berkembar. Setiap bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi, set kopi dan teh, pancuran mandian air panas dan sejuk, serta penghawa dingin. 

Berjalan-jalan melalui laluan kayu yang menghubungkan chalet ke kawasan restoran dan dok, dengan laluan ‘alam’ yang bersebelahan dengan kawasan hutan. 

Di restoran, anda dapat menikmati hidangan bufet harian atau memilih dari menu a la carte. Salah satu aktiviti popular di sini ialah menaiki bot pada waktu pagi untuk mencari burung, buaya (jika bertuah), dan monyet seperti Macaques dan Proboscis. 

Nikmati ketenangan alam, suasana sejuk dan pemandangan sunrise yang indah di pagi hari. Jom relax dan nikmati pemandangan Sungai Kinabatangan, sungai terpanjang di Sabah! 

Kinabatangan Wildlife Sanctuary 

Tempat menarik untuk pencinta alam di Sabah

Alamat: 90000 Sandakan, Sabah

Hubungi: 088262420

Anda peminat alam semula jadi? Kawasan Konservasi Hidupan Liar Kinabatangan adalah tempat wajib untuk anda. 

Hanya 30 minit pemanduan dari bandar Kinabatangan dan pengunjung boleh menaiki bot di Sukau serta river cruise Kinabatangan.

Di sini, anda akan menemui pelbagai jenis haiwan liar yang menarik, seperti orangutan, kera ekor panjang, gajah, buaya, dan banyak lagi. 

Anda juga boleh menyertai aktiviti berjalan-jalan di hutan, menaiki bot, dan safari malam untuk melihat haiwan-haiwan ini dalam habitat semula jadi mereka.

Pusat Pemeliharaan OrangUtan Sepilok

Tempat menarik di Sandakan

Alamat: W.D.T. 200, Sabah Wildlife Department, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah

Hubungi: 089-633 587

Terletak di Hutan Simpan Kabili-Sepilok, pengunjung hanya perlu memandu selama 30 minit (23 km) dari bandar Sandakan.

Beroperasi sejak 1964, Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok telah berkembang menjadi salah satu tarikan pelancong yang menarik. 

Tempat menarik Sandakan ini menyediakan peluang unik untuk memahami orangutan dan usaha pemuliharaan mereka. 

Di sini, terdapat platform pemberian makanan terbuka, di mana anda dapat menyaksikan orangutan dalam habitat semulajadi mereka secara dekat.

Bayaran masuk sangat berpatutan, hanya RM 5 bagi dewasa. 

Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo 

Melihat beruang matahari di Sabah

Alamat: Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000, Sandakan, Sabah

Hubungi:  +60 89 534 491

Anda wajib singgah Bornean Sun Bear Conservation Center kalau dah berada di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok. 

Pusat ini dibuka rasmi pada Oktober 2014 dan hanya beberapa langkah sahaja dari pusat orangutan. Saat ini, terdapat kira-kira 43 beruang matahari yang tinggal di pusat ini. 

Dan lagi, anda akan mengetahui pelbagai info menarik tentang beruang matahari dan kerenah comel mereka pasti akan mencuit hati korang.

Selain itu, tempat menarik Sabah ini dilengkapi dengan kemudahan utama seperti platform pemerhatian, papan laluan, dan pusat pelawat. 

Tungog Rainforest Eco Camp

Penginapan tersembunyi di Kinabatangan

Alamat: Tungog Rainforest Eco Camp/ Kampung Mengaris Kinabatangan, Sabah

Hubungi: 012-380 1070

Pernah dengar Tungog Rainforest Eco Camp (TREC) tak? Tempat penginapan unik dan tersembunyi dalam hutan di tepi Tasik Tungog. 

Dengan hanya sepuluh platform kem dan terhad untuk dua puluh pelawat pada satu-satu masa, tempat ini betul-betul menawarkan ketenangan dan kedamaian.

Menariknya lagi, kem ini mengamalkan pendekatan zero waste, bebas bahan kimia, dan pemuliharaan air serta tanpa menggunakan elektrik.

Kem ini juga menekankan pada ekopelancongan dan mematuhi garis panduan yang ketat untuk meminimumkan gangguan kepada hidupan liar hutan. 

Jadi, anda boleh merancang percutian pemuliharaan, lawatan penyelidikan, atau projek pendidikan yang seronok kat sini. 

Dan lagi jika rasa malas nak buat apa-apa, bolehlah duduk di atas “platform perkhemahan” dan menikmati pemandangan serta bunyi alam.

Gua Gomantong

Gua di Sabah

Alamat: Gua Gomantong, Kinabatangan, Sabah

Hubungi: 089-242500  

Jika anda berada di Kinabatangan, Sabah, ada satu tempat yang menarik yang harus anda kunjungi – Gua Gomantong! 

Terletak di dalam Hutan Simpan Gomantong berhampiran dengan Sungai Kinabatangan dan hanya kira-kira 36 km dari pekan Kota Kinabatangan.

Tempat ini memiliki 27 gua-gua kecil batu kapur yang dihuni oleh berjuta-juta burung layang-layang. Burung-burung ini menghasilkan sarang burung yang menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.

Selain itu, anda boleh mengikuti lawatan ke dalam gua dan mempelajari sejarah serta geologinya. Fakta menarik lainnya, gua ini turut dikenali sebagai “gua lipas” kerana terdapat pelbagai spesis lipas yang boleh ditemui di dalamnya.

Nature Lodge Kinabatangan

Lodge di Kinabatangan

Alamat: Kampung Bilit, 90000 Kinabatangan, Sabah

Hubungi: 013-863 6263

Chalet dan bilik dormitory di Kampung Bilit Kinabatangan ini sangat rustic dan menarik. Makanan pun sedap, dan ada air minuman yang boleh diisi balik dalam botol.

Tambah lagi, anda berpeluang melihat gajah pygmy, monyet proboscis, buaya, orangutan, dan burung enggang badak dari atas bot.

Tempat ni cantik sangat, terutamanya kalau anda sertai river cruise dan trekking dengan pemandu. Kalau nak sertai night walks, anda perlu menyewa kasut bot dan lampu suluh.

Jom ramai-ramai menyelusuri sungai dengan Nature Lodge Kinabatangan!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort

Resort di Kinabatangan

Alamat: Kampung Bilit, Lot 1., Kota Kinabatangan, 90200 Sandakan, Sabah

Hubungi: 017-972 9128

Nikmati keseronokan penginapan tepi sungai Kinabatangan yang dikelilingi flora fauna yang menakjubkan dan hidangan terbaik di restoran resort! 

Lakukan pelbagai aktiviti menarik siang dan malam bersama Borneo Natural Sukau Bilit Resort.

Sebagai contoh, sertailah pengembaraan menyusuri sungai sambil menikmati keindahan hutan dan melihat spesis binatang yang jarang ditemui.

Tapi kalau anda pula tertarik dengan pengalaman unik, cuba perhatikan kehidupan binatang liar pada waktu malam. 

Tabin Wildlife Resort

Resort dalam hutan di Sabah

Alamat: Tabin Wildlife Resort, Lahad Datu, Sabah

Hubungi: 088-267 266

Resort ini terletak dalam Tabin Wildlife Reserve, kawasan pemuliharaan haiwan yang terbesar di Malaysia, seluas 123,000 hektar! 

Aktiviti menarik yang boleh korang buat kat sini termasuklah trekking dalam hutan, safari malam, berjalan malam, tengok haiwan liar, tengok burung, dan pelajaran tentang hutan hujan. 

Menariknya lagi, ada dua jenis penginapan di sini iaitu river lodges dan hill lodges. Setiap lodge ini menempatkan menempatkan 10 unit chalet kayu cantik yang boleh muatkan sehingga 3 orang dan terhubung dengan laluan kayu ke Sunbird Café. 

Jadi, kalau nak rasa percutian best di Sabah, jom sertai aktiviti kat sini dan duduk kat chalet yang menarik ini!

14 Tempat Menarik Untuk Solo Trip Di Malaysia

Malaysia, sebuah destinasi menarik yang penuh dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya yang menawarkan peluang tak terhingga untuk solo trip anda. 

Tahun 2023 juga mempunyai jumlah hari cuti Malaysia yang cukup banyak, jadi jom cuti-cuti Malaysia dan jelajahi tempat-tempat menarik di negara ini.

Lebih menariknya lagi, anda boleh memilih untuk menginap di hotel-hotel di pusat bandar, penginapan bajet atau di tengah-tengah hutan rimba.

Baca: Tempat Menarik Untuk Perempuan Travel Solo di Malaysia

Tapi pengalaman solo travel ini tidak akan lengkap tanpa menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang ada di lokasi tersebut seperti snorkeling, menjelajah hutan rimba dan banyak lagi.

Apapun pilihan anda, solo trip di Malaysia akan memberikan pengalaman yang paling best. 

Senarai Tempat Menarik Untuk Solo Trip di Malaysia

Flemington Hotel 

Menginap di tepi tasik di Taiping 

Alamat: No. 1, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Perak 

Hubungi: 058207777

hotel taiping menarik di Malaysia

Terletak di tengah-tengah bandar Taiping, Flemmington Hotel Taiping adalah hotel yang ideal untuk solo travel atau yang ingin cuti bersendirian.

Berhampiran dengan pelbagai tempat menarik Taiping seperti Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping, dan Bukit Larut. Setiap biliknya luas dan selesa serta mempunyai balkoni dengan view Tasik Taiping yang indah.

hotel solo trip

Hotel ini juga mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai untuk solo traveler, seperti kolam renang atas bumbung, sauna, bilik mandi moden dan pusat kecergasan.

Selain itu, hotel ini juga mempunyai restoran yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa. 

Jom tempah bilik di Flemington Hotel Taiping hari ini dan mulakan pengembaraan solo anda!

Kadar: Bermula dari RM200 

Apa kata pengunjung?

“Family gathering dengan menempah 5 bilik semuanya menghadap Taman Tasik Taiping, berbaloi dengan wang…” – Saliahton

“Flemington Hotel terletak betul-betul bertentangan dengan Taman Tasik Taiping. Kami berseronok menikmati taman dan rekreasi. Zoo Taping hanya 5 minit memandu dari hotel. Hotel yang bagus untuk percutian keluarga “ – Kee

Aloft KL Sentral

Penginapan cantik di KL

Alamat: No. 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Hubungi: 03-2723 1188

hotel menarik di kl untuk solo travel

Terletak di tengah-tengah KL dan berdekatan Nu Sentral Mall, hotel yang trendy ini sangat sesuai untuk kaki solo traveller di KL.

Di hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral, terdapat pelbagai jenis bilik yang sesuai dengan keperluan anda, bermula dari bilik loft hingga suite mewah. 

Dengan reka bentuk lantai loteng yang unik, bilik suite ini mampu memuatkan sehingga 4 orang sekaligus.

bilik menarik di malaysia untuk solo trip

Terdapat juga gym, kolam renang luaran atas bumbung dan biliknya memiliki pemandangan Kuala Lumpur yang memukau.

Dari sini, anda boleh meneroka keindahan bandar KL dengan lebih mudah. Pilih sahaja nak naik LRT, monorel atau train dari stesen KL Sentral! 

Jangan lupa bergambar di hadapan Menara Kuala Lumpur. Hotel ini memang instagram worthy!

hotel untuk solo trip

Kadar: Bermula dari RM645 semalam

Apa kata pengunjung?

“Hotel ini adalah pilihan kami dan telah menginap sepanjang masa apabila kami melancong ke KL. Oleh kerana lokasinya di KL sentral dan hanya bersebelahan dengan pusat membeli-belah, ia adalah salah satu yang terbaik yang boleh saya katakan…” – Mohamad

“Bilik ini sangat baru, bersih, bagus dan terlalu besar untuk 1 orang menginap. Saya suka tingkap yang luas dengan pemandangan yang indah…” – Kwan

The Atelier, Kota Kinabalu

Hotel bajet di Kota Kinabalu

Alamat: C-5-8 and C-6-8 Aeropod Commercial Square, Jalan Aeropod, Off Japan Kepayan, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Malaysia

Hubungi: 012-974 3303

Selain melawat galeri seni dan muzium untuk mengenali etnik di Sabah, terdapat juga banyak tempat menarik, pantai indah, dan makanan jalanan Halal yang menanti anda.

Dengan mengekalkan harga bilik yang rendah, hotel bajet di Kota Kinabalu ini memenuhi keperluan semua jenis pengembara.

Biliknya juga bertema menarik dan dihiasi dengan indah. 

Antaranya terdapat bilik dengan tema The Botanist, The Cafe, The Photographer, The Pottery, The Barber, The Musician, dan The Bakery.

Paling penting, perkhidmatan teksi disediakan oleh pihak hotel membuat perancangan lawatan harian anda di sekitar tempat menarik Kota Kinabalu menjadi lebih mudah! 

Jangan lupa singgah Pantai Tanjung Aru dan Pulau Sapi!

Kadar: Bermula dari RM137

Apa kata pengunjung?

“Saya telah menempah dua kali dan sangat berpuas hati. Semakan sendiri dan kakitangannya sangat responsif dan orang yang sangat baik. Apa yang saya suka ialah terdapat reka bentuk yang berbeza pada setiap bilik yang menjadikannya sangat menarik…” – Noah

“Lokasi strategik. ATM & dobi berada dalam jarak berjalan kaki. Sekumpulan restoran untuk dipilih…” – Ain

Flamingo Hotel By The Beach

Hotel berdekatan Pantai Batu Feringi

Alamat: Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Hubungi: 04-892 7111

Bersebelahan dengan pantai Tanjung Bungah, hotel di Penang ini menawarkan pengalaman santai dan tenang. 

Terletak hanya 15 minit perjalanan dari Bukit Penang dan tidak jauh dari Georgetown. 

Sesuai untuk penginapan bajet yang dicari oleh pelancong solo dengan 280 bilik yang terdiri daripada bilik suite hingga bilik deluxe.

Terdapat sebuah restoran dengan teres, sebuah kafe berwarna-warni, kolam renang luaran, jacuzzi dan spa, gimnasium serta taman permainan.

Kadar: Bermula dari RM 191

Apa kata pengunjung?

“Hotel terbaik di pulau pinang. setiap kali travel ke penang selalu pilih hotel flamingo ni…” – Justin

“Kami menempah bilik keluarga 2 bilik tidur dan ia bersih dan selesa dengan kedua-dua bilik mempunyai pemandangan laut…” – Melissa

VI Boutique Hotel

Hotel murah di Kuala Selangor

Alamat: Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Hubungi: 0332812219

Terletak di Kuala Selangor, hotel pilihan yang terbaik bagi pengembara solo, pasangan yang mencari pengalaman romantis, atau pengantin baru yang ingin bercuti. 

Nikmatilah malam yang penuh kenangan bersama orang tersayang dengan menginap di Vi Boutique Hotel. Reka bentuk dan seni binanya akan memukau mata anda. 

Bersantailah dan nikmati hari anda di kolam renang, sama ada anda melakukan perjalanan solo atau bersama orang yang tersayang.

Kadar: Bermula dari RM 79

Apa kata pengunjung?

“Antara hotel terbaik di Kuala Selangor. Bilik yang sangat selesa diberikan, direka dengan cantik, tenang dan bersih. …” – Ahmad NBZ

The Majestic Malacca

Melawat kawasan bersejarah di Melaka

Alamat: 188, Jln. Bunga Raya, Pengkalan Rama, 75100 Melaka

Hubungi: 062898000

Dahulunya, Melaka merupakan pelabuhan perdagangan yang terkenal, membolehkan anda menerokai sejarahnya melalui pelbagai muzium. 

Menghadap Sungai Melaka, hotel mewah ini hanya 13 minit berjalan kaki dari muzium Stadthuys dan 2 km dari Menara Taming Sari. 

Terdapat sebuah restoran mewah, lounge, kolam renang luaran, pusat kecergasan, dan spa.

Pada malamnya, kunjungilah Jalan Hang Jebat (Jonker Street) untuk membeli hadiah unik dan merasai kehidupan penduduk tempatan Melaka. 

Kadar: Bermula dari RM510

Apa kata pengunjung?

“Penginapan yang hebat, cukup dekat dengan segala-galanya..” – Sebastian Edman

“Hotel terbaik di Melaka, jika anda ingin merasai pengalaman tinggal di rumah Peranakan dan makanan baba Nyonya. Hotel yang tenang untuk pasangan dan keluarga kecil. Boleh berjalan-jalan santai ke Jonker Street dan Stadthuys…” – Julianah J

Traders Hotel Kuala Lumpur

Hotel di tengah bandar Kuala Lumpur

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Hubungi: 03-23329888

hotel murah untuk solo trip

Jelajahi Menara Petronas, teroka pasar tempatan di Chinatown, dan nikmati makanan jalanan di Jalan Alor sepanjang penginapan solo trip anda di sini.

Bilik-bilik dengan pemandangan bandar ini mempunyai dua pilihan restoran yang menarik, kolam renang dalaman dan bar tepi kolam. 

Kemudahan lain termasuk pusat kecergasan dan spa dengan sauna, serta bilik mesyuarat. 

Anda akan menikmati akses terus ke Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas.

Menawarkan perkhidmatan pengangkutan percuma dengan buggy ke Suria KLCC Shopping Mall. 

Terdapat laluan joging sepanjang 0.8 batu di sekitar Taman KLCC dan pusat kecergasan yang beroperasi 24 jam. 

Apa kata pengunjung?

“Kami telah pergi ke banyak hotel di seluruh dunia, ada yang baik, ada yang buruk. Ini adalah yang terbaik daripada mereka semua. Semua yang anda perlukan, mereka sediakan…” – Richard

“Lokasi yang baik, bilik yang besar, pemandangan menara berkembar terbaik dari bilik dengan banyak kemudahan…” – Pratik

Japamala Resort by Samadhi

Resort tepi pantai Pulau Tioman

Alamat: Kampung Lanting, Pulau Tioman, Kampung Genting, Pulau Tioman, Malaysia

Hubungi: 0327712742

Nikmati pengalaman menyelam atau snorkeling, memancing, melakukan aktiviti mendaki di dalam hutan, dan bersantai di pantai-pantai yang indah di Pulau Tioman.

Penginapan lima bintang ini akan menggembirakan hati anda tapi sedikit pricey. Nikmati kepuasan diri dengan urutan, tab mandi panas, dan spa. 

Hotel ini menawarkan kolam renang luaran, kolam rendam, dan Wi-Fi percuma. Paling penting, kemudahan dobi juga disediakan. 

Tetamu juga boleh menikmati suasana luar yang cantik dari teres. Bilik-biliknya dilengkapi dengan penghawa dingin, balkoni peribadi, minibar, dan pembuat kopi. 

Dinasihatkan untuk mencuba hidangan Thai dan Asia di Tamarind Tioman, atau menikmati hidangan Itali di Il Tiempo. Air Terjun Asah juga berdekatan resort ini.

Apa kata pengunjung?

“Ini adalah hotel yang bagus untuk dimatikan! Menikmati melepak di alam semula jadi dan tepi laut benar-benar santai dan bagus…”- Ken

“Percutian hujung minggu 3 hari 2 malam yang sempurna. Kakitangan semuanya mesra dan profesional, memenuhi semua keperluan kami dengan segera…” – Brandon

JO Hotel Johor Bahru

Hotel murah berdekatan Legoland 

Alamat: 15, Jalan Gereja, Bandar Johor Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor

Hubungi: 0127881943

Terdahulu dikenali sebagai Tropical Inn, Hotel Jo kini menjadi pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin mengelakkan bunyi bising dari motosikal dan kereta, tapi masih ingin menginap berdekatan dengan Pusat Bandar. 

Walaupun hotel ini tidak mempunyai tempat makan di dalamnya, tapi ini tidak menjadi masalah kerana ia hanya beberapa minit memandu dari Komtar dan Pusat Bandar.  

Pada waktu pagi atau petang, anda boleh bersantai dan menjelajahi taman-taman seperti Taman Komuniti Serene Park, Padang SMK Dato Jaafar dan Taman Rekreasi Hutan Bandar.

Fakta menarik, hotel mesra bajet ini hanya beberapa minit perjalanan dari Tambak Singapura. 

Dapatkan sahaja perkhidmatan Grab, jadi tidak perlu berjalan kaki atau memandu sendiri!

Hotel ini juga ingin berdekatan dengan Taman Tema Legoland.

Kadar: Dari RM122

Apa kata pengunjung?

“Lokasi yang baik, 5 minit berjalan kaki ke dataran bandar. Bilik bersih, tandas bersih & paling penting mesra dompet. Sangat mengesyorkan…” – Lui

“Kakitangan dan pengemasan sangat mesra dan sangat membantu. Bilik-bilik yang sangat luas dan sangat selesa. Akan mengesyorkan mereka yang ingin menginap di hotel bajet…” – John

Hotel Flora Plus 

Hotel berdekatan taman cactus dan ladang strawberry

Alamat: B3, 29-30 Brinchang Square Jalan Besar Brinchang, 39100 Cameron Highlands

Hubungi: 054911297

Hotel Flora Plus adalah sebuah hotel yang sangat menarik di Cameron Highland.

Ini kerana ia berkonsep minimalis dan moden yang dihiasi dengan tema flora. 

Bilik-biliknya pula comel dan memancarkan suasana keceriaan dan menenangkan dengan hiasan bunga yang berwarna-warni. 

Berdekatan dengan pasar malam, pasar tani, kedai makanan, dan 7E. 

Menariknya lagi, anda hanya perlu berjalan beberapa minit untuk ke tempat-tempat tarikan pelancongan utama di Cameron seperti Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm. 

Kadar: Dari RM 125 semalam

Apa kata pengunjung?

“Penginapan terbaik di Brinchang. Tempatnya agak cantik, penuh dengan hiasan di tingkat bawah. Kakitangan agak mesra dan sangat baik! Bilik yang saya pilih agak besar untuk 4 orang…” – Najwa

“Hotel yang bagus. Terletak dengan strategik di bandar Brinchang dengan semua kemudahan dalam jarak berjalan kaki..” – Saiful

The Cocoon Capsule Hotel (Backpacker)

Hotel backpacker di Brinchang

Alamat: The Cocoon Capsule Hotel 21-2 & 21-3 Jalan Palas Horizon (Office Lot Palas Horizon, 39010 Brinchang, Pahang

Hubungi: 054914927

Mencari hotel bajet lain di Brinchang? Tempahlah The Cocoon Capsule Hotel! Hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang unik. 

Terinspirasi daripada konsep hotel kapsul di Jepun, hotel bajet ini menyediakan penginapan dalam bentuk dormitori dan berkongsi.

Anda akan menginap dalam pod yang dilengkapi dengan katil dan boleh ditutup menggunakan langsir hitam untuk menjaga privasi anda. 

Setiap pod juga dilengkapi dengan kipas mini, lampu malam, dan soket untuk kegunaan peribadi. Tambahan pula, loker juga disediakan untuk anda.

Penginapan ini sangat sesuai untuk pelancong bajet, pelajar atau backpackers yang gemar menjelajah dan berinteraksi dengan pelancong dari pelbagai negara. 

Terdapat juga ruang tamu dan ruang meja berkongsi untuk makan, bekerja, atau bersantai. 

Kadar: Dari RM 39 

Apa kata pengunjung?

“Saya sangat mengesyorkan Cocoon Capsule Hotel kepada sesiapa yang mencari pengalaman penginapan yang unik dan tidak dapat dilupakan. Sama ada anda seorang pengembara solo atau hanya ingin mencuba sesuatu yang berbeza… “ – Alesaei Mohammed

“Tempat terbaik untuk penginapan bagi solo rider, backpacker, pelancong bajet, dan kumpulan pelajar. Kemas & bersih, loker untuk menyimpan barang peribadi dan item yang menarik.“ – Mohd Zain

Malibest Resort

Solo trip berdekatan Pantai Cenang

Alamat: Pantai Cenang, Mukim, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: 049558222

Hotel di tepi Pantai Cenang ini mempunyai bilik-bilik yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi anda dapat ke pantai yang hanya beberapa langkah sahaja untuk mandi. 

Jika anda mencari makanan atau barang keperluan untuk bercuti, terdapat banyak tempat yang boleh pergi dengan berjalan kaki. 

Hanya 10 minit berjalan kaki dari Underwater World Langkawi dan 18 km dari Langkawi Cable Car. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan skrin rata, peti sejuk mini, dan peti keselamatan. 

Selain itu, beberapa bilik juga mempunyai balkoni dan pemandangan laut.

Paling penting, kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah boleh menginap secara percuma jika berkongsi bilik dengan ibu bapa. 

Kadar: Dari  RM186

Apa kata pengunjung?

“Terbaik untuk keluarga. Kolam dengan gelongsor sesuai untuk anak lelaki & anak perempuan anda. Pintu terbuka boleh memilih bermain di kolam renang atau pantai. Banyak aktiviti hanya di depan pintu anda..” – Mohamad

“Pengalaman terbaik saya di Langkawi. Hotel ini mempunyai bilik yang besar. Bersih dan setiap hari mereka akan membersihkan bilik anda. Paling dekat dengan pantai. Saya mendapat bilik dengan pemandangan yang baik di tingkat 2.. “ – Azliayana

Primula Beach Hotel

Menginap di tepi pantai di Kuala Terengganu

Alamat: Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Hubungi: 096222100

Primula Beach Hotel merupakan sebuah hotel yang terletak di Kuala Terengganu, Malaysia. 

Menawarkan pelbagai jenis bilik dan suite yang sesuai untuk penginapan solo atau berkeluarga. 

Setiap bilik dilengkapi dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan laut atau taman-taman hijau hotel. 

Nikmati pelbagai pilihan hidangan lazat di restoran makanan laut, kafe, dan lounge yang terdapat di dalam hotel.  

Terdapat juga pusat kecergasan, kolam renang dan pantai di hadapan hotel. 

Berdekatan dengan tarikan popular di Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal, Muzium Negeri Terengganu dan Pasar Payang.

Kadar: Dari RM 176

Apa kata pengunjung?

“Tempat terbaik. hotel was good….nasi dagang sedap…dekat dengan bandar…” – Aizad

“Boleh berjalan kaki ke Pantai Batu Buruk, kurang 5 minit ke KTCC. Bilik bersih dan besar.. ” – Fatin

The Danna Langkawi

Hotel mewah di tepi pantai Langkawi

Alamat: Pantai Kok, Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

Hubungi: 049593288

Resort Danna Langkawi terletak di pulau Langkawi yang indah, dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan. 

Dibina dengan gabungan gaya kolonial dan Mediterranean. Berhampiran dengan Kereta Kabel Langkawi dan Air Terjun Seven Wells.

Hotel mewah bertaraf 5 bintang ini memiliki pelbagai kemudahan yang akan membuat solo traveler rasa selesa, seperti kolam renang, spa, restoran serta bilik mandi suite yang besar. 

Terdapat aktiviti menarik, termasuk sukan air, hiking, snorkeling, kelas yoga, dan kelas memasak serta urutan spa.

Resort ini menawarkan privasi, healing dan ketenangan yang ideal bagi solo traveler!

Kadar: Bermula dari RM1540

Apa kata pengunjung?

“Manjakan keluarga dan meraikan pagi bermalas-malasan yang indah dengan sarapan pagi di Danna. Adalah satu layanan yang indah. Hotel ini menawan, kakitangannya ramah..” – Aronica Lee Xavier

Cerita Ngeri Di Sebalik Sejarah Nama ‘Kampung Pecah Kulit’

Setiap tempat punya cerita sendiri, tak kira manis, pahit dan ngeri.

Apa yang pasti nama tempat biasanya ada kaitan dengan sejarah atau budaya orang sekeliling.

Tapi, kalau kita cakap pasal Kampung Pecah Kulit di Jakarta Barat, apa sebenar cerita ngeri di sebalik nama yang membuat orang tertanya-tanya ni?

Sejarah yang buat bulu roma meremang

Nama ‘Kampung Pecah Kulit’ mungkin buat kita rasa biasa je, tapi bila dah tahu cerita sebenarnya, confirm terkejut.

Cerita orang lama, nama ‘Kampung Pecah Kulit’ ni ada kaitan dengan peristiwa seram masa zaman penjajahan Belanda di Indonesia.

Katanya, kampung ni tempat jatuhnya hukuman untuk orang jahat yang melawan kekuasaan penjajah, dan cara hukumannya buat kita meremang bulu beb!

Salah satu hukumannya, kulit badan orang jahat tu pecah – bayangkan betapa ngerinya! Dahsyat kan?

Artikel bawah ini akan bawa korang menjelajahi cerita sejarah di sebalik nama kampung ini, yang pasti akan membuatmu terkejut dan rasa ngeri. Jom!

Diskriminasi terhadap penduduk Asli & Orang Indo oleh Belanda & VOC

Pada zaman penjajahan Belanda dan Vereenigde Oostindische Compagnie (VOC), diskriminasi sering dialami oleh orang asli dan orang Indo.

Selain menindas penduduk peribumi, mereka juga merampas tanah milik orang Indo, yang berketurunan campuran – orang Eropah dan bukan Eropah.

Salah seorang yang menjadi mangsa ialah Pieter Erberveld.

Pieter Erberveld merupakan seorang lelaki berketurunan Jerman yang berkahwin dengan wanita Jawa (sesetengah sumber mengatakan ibunya berasal dari Siam, Thailand) dan menetap di Batavia.

Pieter mempunyai hubungan yang erat dengan penduduk tempatan di sekitar kejiranannya, termasuk Raden Ateng Kartadria, seorang bangsawan dari Banten yang mempunyai ribuan pengikut.

Pengkhianatan & hukuman mati yang mengerikan

Pada satu ketika, tanah Pieter Erberveld di kawasan Pondok Bambu telah dirampas oleh VOC pada tahun 1708 dengan alasan Pieter tidak mempunyai dokumen pemilikan yang sah.

Pieter cuba menentang, tetapi bantahannya mengakibatkan dia didenda oleh Gabenor Jeneral VOC ketika itu, Joan Van Hoorn.

Pieter dikehendaki membayar 3,300kg beras kepada VOC sebagai denda dan ini membuatkan Pieter Erberveld berdendam terhadap VOC dan mereka yang terlibat.

Dengan dendam yang teramat terhadap VOC, Pieter Erberveld kemudiannya merancang plot dengan sahabatnya, Raden Ateng, untuk menggulingkan pemerintahan VOC di wilayah itu.

Rancangannya jika mereka berjaya, Pieter akan menjadi gabenor dan Raden Ateng akan menjadi patihnya.

Malangnya, rancangannya dibocorkan kerana salah seorang pembantu Pieter mengkhianati tuannya dengan memaklumkan rancangan itu kepada VOC.

Jadi, sebelum konspirasi itu menjadi kenyataan, VOC segera menangkap mereka berdua dan pengikutnya.

Pada April 1722 Pieter Erberveld, Raden Ateng Kartadria dan para simpatisan mereka dijatuhi hukuman mati.

Hukuman mati yang dijatuhkan kepada Pieter adalah salah satu yang paling mengerikan dan disaksikan oleh ramai orang.

Tujuannya ingin mengancam individu berketurunan Eropah atau bukan Eropah agar tidak menyalakan semangat penentangan terhadap VOC.

Cara Pieter dihukum sangat menyeksakan dan kejam. Tangan dan kakinya diikat dengan tali yang disambungkan pada kuda ke empat arah berbeza.

Empat ekor kuda itu kemudiannya diperintahkan untuk berlari sepantas mungkin sehingga badan Pieter diregangkan, lalu pecah kulit dan perutnya.

Daging dan isi perut Pieter yang bertaburan dibiarkan menjadi makanan burung dan binatang liar.

Selain itu, VOC juga membina monumen yang dipenuhi dengan ancaman dan melekatkan tengkorak Pieter di atasnya. Pada tugu itu tertulis ayat berbunyi,

“Catatan, tentang peringatan/amaran [yang] menjijikan pada si jahil terhadap negara yang telah dihukum: Pieter Erberveld. Dilarang, orang mendirikan rumah, bangunan, atau memasang papan kayu, serta bercucuk tanam, di tempat ini, dari sekarang hingga selama-lamanya. Selesai.”

Kepala Pieter yang diletakkan di atas tugu itu kekal di situ untuk beberapa lama sebagai satu bentuk amaran sebelum kedatangan Jepun yang akhirnya “membersihkan” tugu tersebut yang dilambang sebagai kekejaman penjajah masa lalu.

Tinggalan sejarah & replika monumen Pieter Erberveld

Pada masa ini, plat bertulis yang mengandungi ancaman itu dipamerkan di luar bangunan Muzium Sejarah Jakarta (Muzium Fatahillah) dan masih boleh dilihat sehingga kini.

Pada tahun 1970, replika monumen Pieter Erberveld telah dibina semula di lokasi asalnya, lengkap dengan replika tengkorak Pieter yang tergantung di atasnya.

Tapi, pada tahun 1985, monumen replika ini telah dipindahkan ke Muzium Taman Inskripsi Jakarta dan masih boleh ditemui sehingga kini.

Memang betul, nama kampung Pecah Kulit ni jadi peringatan tentang kezaliman penjajahan dan pentingnya bagi kita untuk fahami perjuangan untuk kebebasan dan keadilan.

Sejarah Kampung Pecah Kulit ni kita boleh jadi pengajaran penting tentang kezaliman yang pernah berlaku. So, bila kita dengar nama “Kampung Pecah Kulit”, kita ingatlah sejarah. Adios!

loading...