loading...

Sunday, 30 October 2022

16 Tempat Menarik Di Kajang Paling Best

Sekiranya anda sudah bosan melawat Kuala Lumpur, destinasi yang seterusnya kami sarankan untuk melancong adalah tempat menarik Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat di negeri Selangor.

Perjalanan yang akan anda tempuh hanya sekitar 28 minit sahaja. Selain tempat menarik, daerah Kajang juga terkenal dengan makanan-makanan yang pasti memukau selera anda.

Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam

Senarai tempat menarik di Kajang

Jika anda bercuti ke Kajang Selangor, adalah lebih baik jika datang beramai-ramai sama ada bersama ahli keluarga atau sahabat handai. Berikut tempat menarik Kajang:

Sate Haji Samuri

Makanan sedap di Kajang

Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 03-89265624

Sate Haji Samuri di Kajang
Sumber gambar: JayaPattanhi Ramanna, Brian LikeMedia, Dan Tang & Simon SS Lan

Siapa tak kenal dengan Sate Haji Samuri ni yang paling lama di Kajang. Setiap pengunjung yang datang ke daerah Kajang pastinya tahu akan tempat ini.

satay-kajang-sedap
Sumber gambar: Instagram @yen.7823

Masih lagi mengekalkan tekstur dan rasa kuahnya yang sedap serta kepelbagaian variasi satay Kajang seperti daging rusa, kambing, arnab, dan juga burung unta.

Nasi goreng dan mee bandung pun ada. Harga sate haji samuri per cucuk bermula dari RM 1.20.

sate sedap di kajang
Sumber gambar: Instagram @hafizbinshariff

Jika teringin makan sate daging burung unta, maka anda wajib datang ke sini dan menikmatinya.

Anda yang menetap di Selangor, senang sahaja boleh pesan satay Kajang ini dengan foodpanda atau waze sahaja “sate haji samuri near me”.

Air Terjun Sungai Gabai

Air terjun Hulu Langat

Alamat: Sungai Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor

Telefon: –

Air Terjun Sungai Gabai
Sumber gambar: Stephen Abraham, Yeehung Cheung, Joshua O’Neill & Ate Jonna Vlog

Jika anda bercadang untuk membawa keluarga anda berkelah dihujung minggu atau menikmati pemandangan alam semulajadi, kami sarankan anda untuk datang ke tempat ini.

waterfall gabai di selangor
Sumber gambar: Instagram @anis_utrust_stevia

Tempat menarik di Kajang ini sangat terkenal dan sentiasa menarik perhatian para pengunjung dengan keindahannya. Sungai Kajang yang jernih, sejuk dan nyaman! 

waterfall gabai di selangor
Sumber gambar: Instagram @hangdhamin

Selain itu, kami menyarankan anda untuk datang di waktu pagi ya. Jika datang lambat, nanti anda tak boleh mandi-manda lama. Kan rugi?

Laksa Buyong

Laksa di Selangor

Alamat: Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: 011-6075 9658

Laksa di Selangor
Sumber gambar: Muhammad Hafiz Hasan, Azie Yassin, BAKRI BAE & David Leong

Pernah dengar laksa yang dimasak di dalam buyong? Ya betul tu. Kuah laksa di masak di dalam buyong tembikar. Inilah keunikan yang terdapat di kedai laksa Buyong klasik.

laksa buyong di kajang
Sumber gambar: Instagram @faizulryzal

Jika anda berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai, anda boleh singgah kedai ini. Laksa ini dihasilkan dengan cara tradisional dan cubalah merasai laksa unik ini.

Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Air terjun Semenyih

Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-2616 4488

Hutan Rekreasi Sungai Tekala
Sumber gambar:TRANCE89, Hamidah Ismail, Shamil Oizzat, Yasmin Safidari

Sebuah lagi kawasan air terjun yang menarik untuk dikunjungi adalah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala.

Anda boleh berkelah dan bermandi manda di tepi Sungai Kajang ini. Namun, tempat menarik di Kajang ini sangat ramai pengunjung. 

hutan rekreasi sungai tekala
Sumber gambar: Instagram @nazrainmz

Pastinya anda tidak akan rugi kerana kawasan ini tidak kalah cantik dan keindahannya juga. Oleh itu, anda perlu datang ke sini sekali sekala.

Sungai Congkak

Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat

Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Sungai Congkak
Sumber gambar: Trisha H., Soo Yong Jie, Abdul Muhaimin & Dyang Mulan

Bagi yang suka menjala ikan, tidak kira sama ada untuk dimakan semasa berkelah ataupun dibawa balik, perlu datang ke sini.

Selain alam semulajadi yang menarik dengan sungai yang jernih dan segar, ikan juga banyak di sini.

mandi manda di sungai congkak
Sumber gambar: Instagram @izz_jena

Bolehlah anda panggang dan makan bersama keluarga di kawasan yang dikelilingi dengan alam semulajadi. Kemudahan tempat letak kereta juga disediakan.

mandi manda di sungai congkak kajang
Sumber gambar: Instagram @watiequeene

Menariknya lagi sepanjang sungai, terdapat pondok yang boleh disewa dengan harga yang murah, ada surau dan kemudahan lain. Malah, anda boleh tempah aktiviti skytrex Sungai Congkak.

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)

Sungai Pangsun

Sungai Hulu Langat

Alamat: Kampung Kuala Pansoon, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Sungai Pangsun
Sumber gambar: Kelvin Lal, mammadanish, secohandstore, blogspot

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil tetapi ingin mandi manda bersama, kami sarankan untuk membawa mereka datang berkelah ke Sungai Pangsun.  

bbq dan bakar ikan di sungai pangsun
Sumber gambar: Instagram @lyns_homemadewithlovs

Sungai ini lebih cetek berbanding Sungai Congkak. Jadi selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Namun begitu, keselamatan anak-anak perlulah dipantau untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.

mandi bersama keluarga di sungai pangsun
Sumber gambar: Instagram @nurul_ainz86

Jika anda stress sebab kerja yang tak kunjung habis, anda juga perlu datang untuk refresh kembali bersama alam semulajadi yang menarik ini.

Ostritch Wonderland Kajang

Ladang burung unta di Selangor

Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 019-230 6686

Ostritch Wonderland Kajang
Sumber gambar: Khaleda Najwa, Queen Lady, Peter Lau & Pok Ka

Ostrich Wonderland Kajang telah beroperasi sejak tahun 2000. Seperti namanya, di sini anda berpeluang melihat burung unta dengan dekat, memegang dan memberi makan kepada burung unta tersebut.

kanak kanak memberi makan arnab di kajang
Sumber gambar: Instagram @lau_wei_yee

Menariknya, anda juga boleh selfie bersama burung-burung unta yang sentiasa sukakan kamera dan melihat pameran tentang proses pembesaran burung unta bermula dari telurnya yang besar.

ladang unta di selangor
Sumber gambar: Instagram @judetubeofficial

Selain burung unta, di sini juga terdapat burung merak yang bebas berjalan sambil mengembangkan ekornya yang cantik.

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang)

Bukit Broga

Aktiviti hiking di Selangor

Alamat: Bukit Broga, Semenyih, Selangor

Telefon: –

Bukit Broga
Sumber gambar: Ammar A, Hazan Zan, Alam Jr & Batman SG

Pencinta aktiviti hiking pastinya suka dengan Bukit Broga ini bukan? Walaupun sebuah bukit, namun tahap kesukaran untuk mendaki bukit ini agak rendah.

pemandangan cantik di bukit broga selangor
Sumber gambar: Instagram @ammar.salehan

Jadi sangat sesuai bagi beginner untuk aktiviti hiking. Malah anda juga boleh membawa anak-anak untuk hiking bersama.

laluan mendaki ke bukit broga
Sumber gambar: Instagram @faiqahmad_

Pada waktu pagi, anda akan nampak pemandangan matahari terbit yang sangat cantik di puncak bukit. Jadi bolehlah anda mengambil gambar sebagai kenangan.

Empangan Semenyih

Empangan Sungai Selangor

Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: –

Empangan Semenyih
Sumber gambar: Mohd Edzuan, Afendi Ariff, Fikri Idris & Hafiz Ahmed

Empangan Semenyih berfungsi sebagai kawasan tadahan air namun keindahan alam semulajadinya menarik sesiapa sahaja untuk datang ke sini.

aktiviti bergambar di empangan semenyih
Sumber gambar: Instagram @zuezoey

Kebiasaannya selain orang awam, kaki-kaki pancing juga datang untuk memburu ikan toman, tilapia, keli dan lain-lain.

Kawasan ini agak popular di kalangan mereka. Tidak jauh dari kawasan ini terdapat perkampungan orang asli.  

empangan semenyih
Sumber gambar: Instagram @chirpy_chummy

Mereka mencari pendapatan melalui tangkapan yang diperolehi dari sungai ini dan menjualnya kepada pengunjung. Udang dan ketam di sini sangat murah.

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Eco Resort Semenyih

Alamat: Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia

Telefon: 017-420 9358

Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Sumber gambar: Owner Semenyih Eco Venture Resort & Recreation

Semenyih Eco Venture menyajikan anda para pencinta sukan ekstrim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti berbasikal, memandu ATV, berkayak, dan banyak lagi.  

menaiki atv di tempat menarik kajang
Sumber gambar: Instagram @ezadventuresports_

Jika anda datang berkumpulan dan suka main futsal, anda jangan risau anda boleh main futsal di sini.

menaiki atv di tempat menarik kajang
Sumber gambar: Instagram @ezadventuresports_

Lebih seronok lagi, paintball yang menyeronokkan dan mencabar.

Willy Satay 

Kedai satay di Kajang

Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 013-330 9291

Willy Satay
Sumber gambar: Virata Gamany, Jeffrey Yap & Nevin Sansom(3&4)

Daging satay dengan perapan yang sempurna, rempah ratus yang sangat berasa dengan variasi daging yang pelbagai. Selain itu tidak kalah hebat dengan Haji Samuri, iaitu Sate Willy.

pekerja membakar satay di willy satay
Sumber gambar: Instagram @wacmotocrew

Kuah yang penuh dengan rasa yang sedap serasi dipadankan dengan satay Kajang mereka. Hal ini menjadikan Willy Satay sentiasa tak lekang dek pengunjung.

satay willy di kajang yang sedap
Sumber gambar: Instagram @jitto7

Selain itu, disini pelayannya sangat cepat dalam menghidangkan pesanan. Jadi anda jangan risau jika datang berkunjung ke sini pada hujung minggu.

Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)

Warung Bunian

Sarapan pagi di Kajang

Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Telefon: 017-381 2246

Warung Bunian
Sumber gambar: Kaven Raj Manoharan, Jazly Ikram, Mohd Sharuddun73 & Aqil Durrani

Warung bunian, nama kedai di daerah Kajang ini agak menyeramkan bukan? Jangan risau itu hanyalah sekadar nama komersial. Disini, nasi lemak sajian mereka sangat sedap.

warung bunian di kajang
Sumber gambar: Instagram @img.tarm

Menu yang menjadi kegemaran pembeli ialah nasi lemak telur bungkus. Selain sambal yang rasanya mengancam selera, variasi menu lain seperti “roti jiwa kacau” juga turut menjadi perhatian.

warung-bunian-kajang
Sumber gambar: Instagram @rozuman.zaini

Anda disarankan untuk booking sebelum datang kerana Warung Bunian Kajang ini sentiasa ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar daerah Kajang.

Waktu operasi: Jumaat – Ahad (7:30 pagi – 11:30 tengah hari) & Isnin – Khamis (7:30 pagi – 2 petang)

De Centrum Mall Kajang 

Mall di Kajang

Alamat: Jalan Ikram-Uniten 43400 Kajang, Selangor, Malaysia

Telefon: 03-8738 3388

mall di kajang
Sumber gambar: Whosairie Adly, Izuan Izam Bin Ahmad Talal, Lim Ah Juan & Adli84

De Centrum Mall ialah pusat membeli-belah mesra keluarga di Kajang. Kanak-kanak boleh bermain manakala orang dewasa membeli-belah.

Mall di Kajang ini mempunyai restoran halal yang menyajikan makanan ringan hingga berat, tempatan dan antarabangsa.

Pusat kecergasan dan perkhidmatan dobi pun ada di mall ini.

Kafe Kambing Kacak

Tempat makan best di Kajang

Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 03-8912 5459

Kafe Kambing Kacak
Sumber gambar: Emran Ibrahim, Kiai Harimau, Marzuki Nextage & Sarah Omar

Teringin nak makan hidangan kambing atau masakan timur tengah? Datanglah ke tempat makan Kajang ini!

tempat makan sedap di kajang kafe kambing kacak
Sumber gambar: Instagram @zahrabalqis_

Kafe Kambing kacak ini menyajikan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Harga yang berpatutan dengan servis yang efisen.

tempat makan sedap di kajang kafe kambing kacak5
Sumber gambar: Instagram @ctbed_dah

Hidangan yang menjadi kegilaan orang ramai yang datang ke sini ialah kambing kacak special, lamb shank, nasi mandy dan banyak lagi.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Sup Ali Power

Sup kambing Kajang

Alamat: No. 7, Jalan Maju 1, Taman Maju 2, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 013-371 1585

Sup Ali Power
Sumber gambar: Hafzullboyzull Zull, Anuar Ithnin, Sup Ali Power & Diana Azlinda Omar(Olin)

Terdapat sebuah fakta yang mengagumkan mengenai Sup Ali Power. Jika anda ingin tahu, kedai makan sedap di Kajang ini telah bertapak di sini selama 20 tahun.  

Tempat makan Kajang ini boleh dikategorikan sebagai gerai legend kerana telah bertahan sejauh ini. Nikmati sup tulangnya yang sedap dan kaya dengan rempah ratus.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Laman Grill Steak & Bar-B-Que

Laman grill Kajang

Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor

Telefon: 03-8741 7385

Laman Grill Steak & Bar-B-Que (Kajang)
Sumber gambar: Laman Grill Steak & Bar-B-Que(1&2), Siti Farizan Shoukkatt Ali & Aj Aladib

Teringin nak makan western food? Masakan gril dan sebagainya? Anda dijemput datang ke sini. Tempat makan Kajang ini diasaskan oleh chef yang terbaik di Malaysia.

makanan sedap di lamb grill kajang
Sumber gambar: Instagram @lamangrill

Hidangannya juga mewah dengan rasa dan aroma. Harga yang anda bayar jika makan disini sangatlah berbaloi.

Menu istimewa mereka adalah kambing yang digrill selama 16 jam dan diambil daripada bahagian yang terbaik.

tempat sambut anniversary di Selangor
Sumber gambar: Instagram @lamangrill

Semestinya anda akan merasai nikmat yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ketika menikmatinya.

Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)

Thursday, 27 October 2022

16 Tempat Menarik Di Puchong Untuk Dikunjungi

Anda dah try ke tempat menarik di Puchong, Selangor? Dengar-dengar kawasan yang berkeluasan 51.71 km² ini mempunyai banyak tarikannya.

Untuk pengetahuan anda, Puchong merupakan daerah yang terletak di kawasan metropolitan yang berdekatan dengan Kuala Lumpur. Lokasinya yang strategik menyumbang kepada perkembangan bandarnya yang pesat.

Terletak 27 km dari Kuala Lumpur, Puchong terkenal dengan tempat makan yang sedap dan tempat beli-belah. Namun, Puchong juga ada lokasi “hidden gems” tersendiri.

Senarai tempat menarik di Puchong

Tahukah anda? Puchong mendapat nama daripada seekor burung yang selalu memenuhi kawasan sungai dan lombong. Lalu, orang Asli yang tinggal di sekitar menamakan kawasan ini sebagai Puchong.

Baca: 15 Private Pool Homestay Di Selangor & Lembah Klang Yang Terbaik

Puchong sudah berusia kira-kira 120 tahun dan kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi seperti bijih timah.

Jadi, kalau anda ada plan nak ke Puchong, Jom selami tempat-tempat best di Puchong dalam artikel ini.

Hutan Simpan Ayer Hitam

Tempat hiking di Puchong

Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: –

Hutan Simpan Ayer Hitam
Sumber gambar: alltrails.com, maisinggah.com, rainforestjournal.com, faizalzainudin.blogspot.com

Meskipun terkenal sebagai kota yang sibuk, Puchong masih ada kawasan alam semula jadi yang menarik iaitu Hutan Simpan Ayer Hitam.

Kalau anda kaki hiking dan jungle trecking, Hutan Simpan Ayer Hitam ni memang wajiblah anda cuba sebab hutan ini memang sangat menenangkan dan udaranya memang segar.

Tambahan lagi, tempat menarik di Puchong ini ada air terjun dan sungai, nak berkelah pun boleh sebab airnya jernih dan bersih.

Jadi, Hutan Simpan Ayer Hitam adalah lokasi yang sesuai jika anda nak keluar dari kesibukan kota Puchong.

Blue Lagoon Puchong

Kolam cantik di Puchong

Alamat: Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: –

Blue Lagoon
Sumber gambar: libur.com.my, raisagabrielli.com, afiqhalid.com, foursquare.com

Blue Lagoon antara lokasi “hidden gems” di Puchong yang terletak dalam Hutan Simpan Ayer Hitam.

Kolam semula jadi yang memukau dengan air biru kehijauan ini terbentuk daripada aliran Sungai Resau. Ramai pendaki berkunjung ke Hutan Simpan Ayer Hitam bertujuan untuk melihat keindahan Blue Lagoon.

Walaupun kelihatan cetek, semakin anda mendekati kawasan air terjun, kedalaman airnya juga semakin mendalam. Dikatakan, kedalaman kolam tersebut adalah sedalam 13 meter.

Camp 5 Indoor Climbing Wall

Aktiviti lasak di Selangor

Alamat: 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 03-7726 0410

aktiviti lasak di puchong
Sumber gambar: klook.com, camp5.com, Selangor.travel

Pasti anda pernah nampak orang buat climbing wall dekat TV? Kalau anda berminat nak cuba datanglah ke Camp 5 Indoor Climbing Wall.

Untuk pengetahuan anda, Camp 5 Indoor Climbing Wall adalah tempat mendaki dinding yang tertinggi di Malaysia terletak di 1 Utama Shopping Center.

Tempat ni memang mesra pengunjung sebab ada guide yang mengajar anda untuk mendaki jika masih pemula.

Kanak-kanak di bawah 13 tahun juga boleh mendaki di sini. Memang tempat yang sesuai kalau nak cuba sesuatu ekstrim dengan keluarga.

Waktu operasi: Setiap hari (12 tengah hari – 10 malam)

Galactic Laser Tag

Permainan laser tag di Selangor

Alamat: LB2, 06, 3, Jalan PJS 11/15, Sunway Pyramid, 46150 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5638 8833

Galactic Laser tag di selangor
Sumber gambar: galacticlaser.com, petitgo.com, sunway.city

Cuba bayangkan anda dalam dunia sains fiksyen dan perlu memburu musuh menggunakan laser. Anda boleh tunaikan imaginasi tersebut di Galactic Laser Tag.

Berlokasi di Sunway Pyramid, Galactic Laser Tag merupakan tempat bermain Laser Tag terbesar dan terlama di Malaysia.

Terdapat enam tahap bermula dari Recruit sehingga Lasermaster. Jadi memang seronok sebab semua orang boleh bermain tanpa perlu risau.

Kalau anda nak cari tempat luangkan waktu secara berkumpulan, Galactic Laser Tag memang sangat sesuai dan menyeronokkan!

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi – 10 malam)

Hilton Garden Inn Puchong

Hotel di Puchong

Alamat: Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8084 1299

Hilton Garden
Sumber gambar: Hilton.com, agoda.com, booking.com, kayak.com

Ada plan nak bermalam di Puchong tapi nak tempat selesa, mewah dan ada kolam renang? Tempah sahaja di Hilton Garden Inn.

Hotel bertaraf empat bintang ini menawarkan 6 jenis bilik bermula dari RM 166 sahaja. Perkhidmatan yang disediakan juga banyak seperti wifi percuma, kolam outdoor, fitness center, bilik mesyuarat dan servis bilik.

Jarak dengan IOI Mall hanya 10 minit sahaja, memang lokasinya pun strategik kalau anda kaki shopping.

Four Points By Sheraton Puchong

Hotel Bandar Puteri Puchong

Alamat: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: 03-5891 8888

Four Points
Sumber gambar: agoda.com, marriot.com, kayak.com, tripadvisor.com

Satu lagi hotel yang berkonsepkan gaya moden di Puchong iaitu Four Points by Sheraton.

Berdekatan dengan tempat tumpuan ramai seperti Sunway Pyramid menjadikan lokasi hotel ini sangat strategik. Setiap bilik dan suites tersedia dengan Wifi, tv serta marble bathroom.

Anda juga boleh workout di Gym 24 jam, berenang dan bersantai di kolam outdoor atau makan di The Eatery yang menyediakan aneka jenis makanan dari pelbagai negara.

Bumbu Bali Puchong

Tempat makan menu Bali di Puchong

Alamat: 18 & 18-1, Persiaran Puteri 1, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: 03-8061 8699

bumbu bali
Sumber gambar: bangsarbabe.com, tripadvisor.com, ninjafound.com

Mengidam nak makanan rasa Bali, Indonesia? Anda boleh cuba makan di Bumbu Bali yang menyediakan aneka menu masakan Bali.

Tempat makan menarik di Puchong ini menyediakan makanan berkualiti dan semestinya sedap dari Bali.

Antara menunya seperti Balinese Grilled Squid Salad, Sup Buntut, Sayur Selada, dan pelbagai makanan yang jarang anda dengari seperti Siap Bumbu, Cumi Metumis, dan bermacam lagi.

Dengan suasana restoran ala Bali, memang terasa macam makan dekat Bali. Kalau anda food hunters, pastikan puchong restauran ini termasuk dalam wishlist anda.

IOI Mall Puchong

Shopping mall di Puchong

Alamat: 2nd Floor, Lot S37, Batu 9, Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

Telefon: 03-5882 8888

IOI mall di puchong
Sumber gambar: ioiproperties.com.my, Selangor.travel, ioimp.com.my, erisgoesto.com

Bila sebut tentang Puchong, sudah pasti perkara yang terlintas di fikiran anda adalah IOI Mall.

Apa yang menarik di Ioi Mall Puchong? Keunikan IOI Mall Puchong adalah carousel atau juga dikenal merry-go-round iaitu menunggang kuda yang berputar terletak di tengah-tengah mall.

Ianya telah berada dalam IOI Mall sejak tahun 1996 lagi dan masih berfungsi sehingga kini.

IOI Mall sudah tidak asing lagi sebagai tempat membeli-belah utama di Puchong. Kalau nak shopping di Puchong, memang disinilah tempatnya.

Taman Saujana Hijau

Taman cantik berdekatan Puchong

Alamat: Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Telefon: 03-8887 7770

Taman Saujana Hijau
Sumber gambar: jomjalan.com.my, maisinggah.com, petitgo.com, tripadvisor.com

Taman Saujana Hijau antara tempat menarik di Puchong yang wajib anda kunjungi bersama rakan-rakan atau keluarga.

Lokasi ini menjadi tarikan pengunjung sebab suasananya ala-ala Eropah. Dalam taman ni ada pokok pine, bunga matahari dan tanah berumput hijau yang luas.

Taman seluas 47 Hektar ini juga ada 3 tema iaitu eropah, cina dan inggeris. Memang cun kalau buat photoshoot dekat sini, lagi-lagi buat photoshoot kahwin.

Kebanyakan yang datang ke taman ni untuk berkelah, buat sesi penggambaran dan berjoging sebab taman ni sangat cantik, bersih dan “aesthetic” kata anak muda sekarang.

Farm In The City

Zoo mini di Selangor

Alamat: Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Telefon: 03-8941 3099

tempat menarik untuk kanak-kanak di selangor
Sumber gambar: farminthecity.my, jomjalan.com.my, erisgoesto.com, klook.com

Tahukah anda di Puchong ada satu lokasi untuk anda melihat Alpaca iaitu di Farm In The City yang mempunyai pelbagai spesis flora dan fauna.

Boleh dikatakan syurga bagi haiwan liar di tengah kota, Farm In The City ada banyak spesis eksotik dari dalam dan luar negara seperti buaya Cayman, Alpaca, kura-kura gergasi dan banyak lagi.

Kalau anda pencinta burung memang wajiblah ke sini sebab terdapat lebih 600 spesis burung terbang bebas di zoo ini.

Anda juga berpeluang untuk mendekati haiwan eksotik yang dijinakkan seperi ular sawa, rakun dan ratusan lagi. Lokasi ni sesuai untuk bawa anak jalan-jalan nikmati keindahan alam liar.

Enerz Extreme Park

Aktiviti indoor di Selangor

Alamat: 6, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Telefon: 011-1500 0066

Tempat aktiviti lasak di selangor
Sumber gambar: petitgo.com, travelmalaysia.me, vmo.rocks

Anda tahu tak? Taman ekstrim trampoline terbesar di Asia terletak di Malaysia iaitu Enerz Extreme Park yang berkeluasan 80,000 kaki persegi.

Memang banyak trampoline sampai dinding pun trampoline, paling best anda boleh main dodgeball disini dan lompat setinggi yang boleh.

Selain trampoline, disini anda juga boleh wall climbing, sky rope bahkan badminton sebab ada 12 gelanggang badminton disediakan.

Kalau nak cuba hobi baru, cubalah main dodgeball dengan melompat atas trampoline di Enerz Extreme Park.

Sunway Lagoon Water Park

Taman air di Selangor

Alamat: SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A) 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telefon: +603-5639 0000

tempat menarik untuk keluarga di puchong
Sumber gambar: sunwaylagoon.com, whitewaterwest.com, traworld.com

Sebut pasal Sunway Lagoon pastinya masyarakat Malaysia sudah biasa dengar tentang taman tema air terbesar di negara ini.

Tapi apa yang best tentang Sunway Lagoon Water Park ni? Disini banyak aktiviti air yang menyeronokkan seperti African Phytons, Congo Challenge, dan semestinya Vuvuzela iaitu vortex ride terbesar di dunia.

Anda juga boleh meluncur di Sunway Lagoon Surf Beach yang juga kolam meluncur buatan terbesar di dunia.

Jadi, tunggu apa lagi? Tak lengkap rasanya kalau singgah Puchong tapi tak mandi air di water park Selangor.

Min Nature

Miniature di Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Sultan Ismail JUMPA @ Sungei Wang Plaza, Level 1, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Telefon: 011-1009 9374

Min Nature di selangor
Sumber gambar: klook.com, jomjalan.com, vulcanpost.com

Min Nature antara salah satu lokasi hidden gems di Puchong dan tempat yang jarang sekali ditemukan di Malaysia.

Anda tahu miniature? Miniature adalah ilustrasi atau versi kecil sesuatu yang besar seperti bandar, benda, atau manusia. Pelbagai miniature yang dihasilkan dari kreativiti anak tempatan yang berkonsepkan budaya Malaysia.

Anda boleh lihat versi kecil bandar seperti Kuala Lumpur yang dibuat dengan sangat teliti dan kemas.

Yang uniknya lagi, anda boleh membayar tiket menggunakan matawang kripto dan mendapat 50% diskaun.

Tempat ini sememangnya berbaloi untuk dilawati dan menjadi bukti bahawa air tangan seni anak tempatan sangat bernilai dan berbakat.

Muzium Warisan Melayu

Tempat bersejarah di Selangor

Alamat: Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Jalan Upm, Putra Square, 43400 Serdang, Selangor

Telefon: 03-8946 8939

tempat bersejarah berdekatan puchong
Sumber gambar: tripadvisor.com, benashaari.com, mdfaiez84.com, upm.edu.my

Kalau anda nak mendalami dan mempelajari tentang budaya Melayu singgahlah ke Muzium Warisan Melayu yang terletak di Universiti Putra Malaysia.

Sesuai dengan tujuan penubuhannya untuk mengumpul, memulihara dan memelihara artifak Melayu silam. Anda boleh melihat banyak sejarah peninggalan orang Melayu terdahulu seperti senjata, pakaian orang Melayu lama, dan manuskrip.

Diluar kawasan muzium pula ada 4 buah rumah orang melayu lama berusia sekitar 100 tahun.

Harga masuk pun murah hanya RM 2 sahaja. Kalau nak tambahkan ilmu sejarah melayu, memang inilah lokasi yang tepat.

Sunway City

Tempat menarik untuk keluarga di Puchong

Alamat: Persiaran Lagoon, Sunway City, 47500 Subang Jaya, Selangor

Telefon: 03-5639 8889

sunway city di selangor
Sumber gambar: Sunway City Kuala Lumpur, Kamarulzaman Mohamad, Pushpender Singh Baghel & Muhammad Zubair Nazir

Adakah anda cuba mencari tempat untuk membeli-belah dan berseronok? Datanglah ke Sunway City.

Lokasi yang menarik di Puchong ini merupakan destinasi pelancongan yang popular di Malaysia dengan pelbagai tarikan hiburan, rekreasi dan tempat membeli-belah serta tempat makan.

Selain itu, Sunway City mempunyai kemudahan perubatan dan perubatan. Luangkan masa anda di Sunway City dengan aktiviti yang menyeronokkan bersama anak-anak anda.

House Of Lighting Puchong

Kedai lampu perhiasan terkenal di Puchong

Alamat: 29, 31 33, 35, Jalan Bpu 6, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Telefon: 012-2663790

house of lighting puchong yang famous
Sumber gambar: Mohd Fadli Ismail, Le。樂 , Miru & CR H

Perlukan pakar pencahayaan untuk perniagaan dan rumah baharu anda? Kunjungi Lighting House Of Puchong!

Sejak 2001, Houses Lightings telah menjalankan perniagaan. Mereka menawarkan trend pencahayaan terkini, pelbagai pilihan kipas, pemanas air, aksesori bilik mandi, produk elektrik dan banyak lagi.

Pasukan mereka yang berpengalaman akan membantu anda dari perundingan hingga pelaksanaan projek.

Kedai ini ada banyak pilihan, harga mampu milik, mempunyai ramai pelanggan dan sangat disyorkan untuk anda!

Waktu operasi: Selasa – Ahad (10:30 pagi – 6:30 petang)

loading...