Sekiranya anda sudah bosan melawat Kuala Lumpur, destinasi yang seterusnya kami sarankan untuk melancong adalah tempat menarik Kajang yang terletak di daerah Hulu Langat di negeri Selangor.
Perjalanan yang akan anda tempuh hanya sekitar 28 minit sahaja. Selain tempat menarik, daerah Kajang juga terkenal dengan makanan-makanan yang pasti memukau selera anda.
Baca: 15 Hotel Murah & Terbaik Di Kuala Lumpur Bawah RM150 Untuk Bermalam
Senarai tempat menarik di Kajang
Jika anda bercuti ke Kajang Selangor, adalah lebih baik jika datang beramai-ramai sama ada bersama ahli keluarga atau sahabat handai. Berikut tempat menarik Kajang:
Sate Haji Samuri
Makanan sedap di Kajang
Alamat: Lot 1, 2 & 3, Tingkat Bawah & Tingkat 2, Bangunan Dato’ Nazir, Jalan Kelab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-89265624
Siapa tak kenal dengan Sate Haji Samuri ni yang paling lama di Kajang. Setiap pengunjung yang datang ke daerah Kajang pastinya tahu akan tempat ini.
Masih lagi mengekalkan tekstur dan rasa kuahnya yang sedap serta kepelbagaian variasi satay Kajang seperti daging rusa, kambing, arnab, dan juga burung unta.
Nasi goreng dan mee bandung pun ada. Harga sate haji samuri per cucuk bermula dari RM 1.20.
Jika teringin makan sate daging burung unta, maka anda wajib datang ke sini dan menikmatinya.
Anda yang menetap di Selangor, senang sahaja boleh pesan satay Kajang ini dengan foodpanda atau waze sahaja “sate haji samuri near me”.
Air Terjun Sungai Gabai
Air terjun Hulu Langat
Alamat: Sungai Gabai, 43100 Hulu Langat, Selangor
Telefon: –
Jika anda bercadang untuk membawa keluarga anda berkelah dihujung minggu atau menikmati pemandangan alam semulajadi, kami sarankan anda untuk datang ke tempat ini.
Tempat menarik di Kajang ini sangat terkenal dan sentiasa menarik perhatian para pengunjung dengan keindahannya. Sungai Kajang yang jernih, sejuk dan nyaman!
Selain itu, kami menyarankan anda untuk datang di waktu pagi ya. Jika datang lambat, nanti anda tak boleh mandi-manda lama. Kan rugi?
Laksa Buyong
Laksa di Selangor
Alamat: Jalan Sungai Lui, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Telefon: 011-6075 9658
Pernah dengar laksa yang dimasak di dalam buyong? Ya betul tu. Kuah laksa di masak di dalam buyong tembikar. Inilah keunikan yang terdapat di kedai laksa Buyong klasik.
Jika anda berkunjung ke Air Terjun Sungai Gabai, anda boleh singgah kedai ini. Laksa ini dihasilkan dengan cara tradisional dan cubalah merasai laksa unik ini.
Hutan Rekreasi Sungai Tekala
Air terjun Semenyih
Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia
Telefon: 03-2616 4488
Sebuah lagi kawasan air terjun yang menarik untuk dikunjungi adalah di Hutan Rekreasi Sungai Tekala.
Anda boleh berkelah dan bermandi manda di tepi Sungai Kajang ini. Namun, tempat menarik di Kajang ini sangat ramai pengunjung.
Pastinya anda tidak akan rugi kerana kawasan ini tidak kalah cantik dan keindahannya juga. Oleh itu, anda perlu datang ke sini sekali sekala.
Sungai Congkak
Tempat menarik untuk keluarga di Hulu Langat
Alamat: Batu 20, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Telefon: –
Bagi yang suka menjala ikan, tidak kira sama ada untuk dimakan semasa berkelah ataupun dibawa balik, perlu datang ke sini.
Selain alam semulajadi yang menarik dengan sungai yang jernih dan segar, ikan juga banyak di sini.
Bolehlah anda panggang dan makan bersama keluarga di kawasan yang dikelilingi dengan alam semulajadi. Kemudahan tempat letak kereta juga disediakan.
Menariknya lagi sepanjang sungai, terdapat pondok yang boleh disewa dengan harga yang murah, ada surau dan kemudahan lain. Malah, anda boleh tempah aktiviti skytrex Sungai Congkak.
Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi – 5 petang)
Sungai Pangsun
Sungai Hulu Langat
Alamat: Kampung Kuala Pansoon, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia
Telefon: –
Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang masih kecil tetapi ingin mandi manda bersama, kami sarankan untuk membawa mereka datang berkelah ke Sungai Pangsun.
Sungai ini lebih cetek berbanding Sungai Congkak. Jadi selamat dan sesuai untuk kanak-kanak. Namun begitu, keselamatan anak-anak perlulah dipantau untuk mengelakkan perkara buruk berlaku.
Jika anda stress sebab kerja yang tak kunjung habis, anda juga perlu datang untuk refresh kembali bersama alam semulajadi yang menarik ini.
Ostritch Wonderland Kajang
Ladang burung unta di Selangor
Alamat: Lot, 485, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Telefon: 019-230 6686
Ostrich Wonderland Kajang telah beroperasi sejak tahun 2000. Seperti namanya, di sini anda berpeluang melihat burung unta dengan dekat, memegang dan memberi makan kepada burung unta tersebut.
Menariknya, anda juga boleh selfie bersama burung-burung unta yang sentiasa sukakan kamera dan melihat pameran tentang proses pembesaran burung unta bermula dari telurnya yang besar.
Selain burung unta, di sini juga terdapat burung merak yang bebas berjalan sambil mengembangkan ekornya yang cantik.
Waktu operasi: Selasa – Ahad (10 pagi – 6 petang)
Bukit Broga
Aktiviti hiking di Selangor
Alamat: Bukit Broga, Semenyih, Selangor
Telefon: –
Pencinta aktiviti hiking pastinya suka dengan Bukit Broga ini bukan? Walaupun sebuah bukit, namun tahap kesukaran untuk mendaki bukit ini agak rendah.
Jadi sangat sesuai bagi beginner untuk aktiviti hiking. Malah anda juga boleh membawa anak-anak untuk hiking bersama.
Pada waktu pagi, anda akan nampak pemandangan matahari terbit yang sangat cantik di puncak bukit. Jadi bolehlah anda mengambil gambar sebagai kenangan.
Empangan Semenyih
Empangan Sungai Selangor
Alamat: Semenyih, Selangor, Malaysia
Telefon: –
Empangan Semenyih berfungsi sebagai kawasan tadahan air namun keindahan alam semulajadinya menarik sesiapa sahaja untuk datang ke sini.
Kebiasaannya selain orang awam, kaki-kaki pancing juga datang untuk memburu ikan toman, tilapia, keli dan lain-lain.
Kawasan ini agak popular di kalangan mereka. Tidak jauh dari kawasan ini terdapat perkampungan orang asli.
Mereka mencari pendapatan melalui tangkapan yang diperolehi dari sungai ini dan menjualnya kepada pengunjung. Udang dan ketam di sini sangat murah.
Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Eco Resort Semenyih
Alamat: Lot No PT, 1351, Jalan Sungai Lalang, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia
Telefon: 017-420 9358
Semenyih Eco Venture menyajikan anda para pencinta sukan ekstrim dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti berbasikal, memandu ATV, berkayak, dan banyak lagi.
Jika anda datang berkumpulan dan suka main futsal, anda jangan risau anda boleh main futsal di sini.
Lebih seronok lagi, paintball yang menyeronokkan dan mencabar.
Willy Satay
Kedai satay di Kajang
Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor
Telefon: 013-330 9291
Daging satay dengan perapan yang sempurna, rempah ratus yang sangat berasa dengan variasi daging yang pelbagai. Selain itu tidak kalah hebat dengan Haji Samuri, iaitu Sate Willy.
Kuah yang penuh dengan rasa yang sedap serasi dipadankan dengan satay Kajang mereka. Hal ini menjadikan Willy Satay sentiasa tak lekang dek pengunjung.
Selain itu, disini pelayannya sangat cepat dalam menghidangkan pesanan. Jadi anda jangan risau jika datang berkunjung ke sini pada hujung minggu.
Waktu operasi: Setiap hari (9 pagi – 11 malam)
Warung Bunian
Sarapan pagi di Kajang
Alamat: Jalan Jamaludin, Kampung Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Telefon: 017-381 2246
Warung bunian, nama kedai di daerah Kajang ini agak menyeramkan bukan? Jangan risau itu hanyalah sekadar nama komersial. Disini, nasi lemak sajian mereka sangat sedap.
Menu yang menjadi kegemaran pembeli ialah nasi lemak telur bungkus. Selain sambal yang rasanya mengancam selera, variasi menu lain seperti “roti jiwa kacau” juga turut menjadi perhatian.
Anda disarankan untuk booking sebelum datang kerana Warung Bunian Kajang ini sentiasa ramai pengunjung yang datang dari dalam dan luar daerah Kajang.
Waktu operasi: Jumaat – Ahad (7:30 pagi – 11:30 tengah hari) & Isnin – Khamis (7:30 pagi – 2 petang)
De Centrum Mall Kajang
Mall di Kajang
Alamat: Jalan Ikram-Uniten 43400 Kajang, Selangor, Malaysia
Telefon: 03-8738 3388
De Centrum Mall ialah pusat membeli-belah mesra keluarga di Kajang. Kanak-kanak boleh bermain manakala orang dewasa membeli-belah.
Mall di Kajang ini mempunyai restoran halal yang menyajikan makanan ringan hingga berat, tempatan dan antarabangsa.
Pusat kecergasan dan perkhidmatan dobi pun ada di mall ini.
Kafe Kambing Kacak
Tempat makan best di Kajang
Alamat: No. 8, Jalan Puteri 2a/1, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor
Telefon: 03-8912 5459
Teringin nak makan hidangan kambing atau masakan timur tengah? Datanglah ke tempat makan Kajang ini!
Kafe Kambing kacak ini menyajikan pelbagai hidangan yang menyelerakan. Harga yang berpatutan dengan servis yang efisen.
Hidangan yang menjadi kegilaan orang ramai yang datang ke sini ialah kambing kacak special, lamb shank, nasi mandy dan banyak lagi.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)
Sup Ali Power
Sup kambing Kajang
Alamat: No. 7, Jalan Maju 1, Taman Maju 2, 43000 Kajang, Selangor
Telefon: 013-371 1585
Terdapat sebuah fakta yang mengagumkan mengenai Sup Ali Power. Jika anda ingin tahu, kedai makan sedap di Kajang ini telah bertapak di sini selama 20 tahun.
Tempat makan Kajang ini boleh dikategorikan sebagai gerai legend kerana telah bertahan sejauh ini. Nikmati sup tulangnya yang sedap dan kaya dengan rempah ratus.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)
Laman Grill Steak & Bar-B-Que
Laman grill Kajang
Alamat: No. 38G, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, 43000 Kajang, Selangor
Telefon: 03-8741 7385
Teringin nak makan western food? Masakan gril dan sebagainya? Anda dijemput datang ke sini. Tempat makan Kajang ini diasaskan oleh chef yang terbaik di Malaysia.
Hidangannya juga mewah dengan rasa dan aroma. Harga yang anda bayar jika makan disini sangatlah berbaloi.
Menu istimewa mereka adalah kambing yang digrill selama 16 jam dan diambil daripada bahagian yang terbaik.
Semestinya anda akan merasai nikmat yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata ketika menikmatinya.
Waktu operasi: Rabu – Isnin (11 pagi – 11 malam)
0 comments:
Post a Comment